Aliff Syukri menangis teresak-esak apabila kes anaknya masuk berita utama

Itulah padahnya apabila memuat naik video merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra yang berusia 9 tahun. Walaupun tujuan mendidik kerana anaknya itu telah membuka tudung di depan lelaki tidak dikenali, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri kini dihimpit dengan kontroversi panas.

Isu merotan anak ini menjadi viral sehingga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan perbuatan itu sebagai penderaan fizikal dan membuat laporan polis ke atas Aliff sehingga pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menjalankan siasatan sekiranya terdapat kesan negatif pada kanak-kanak itu.

Sebelum ini, pihak JKM dan pihak polis memangada mencari ALiff Syukri tentang isu ini.

Dan dalam perkembangan terbaru, Aliff Syukri nampaknya tidak dapat menahan perasaannya lagi dan memuat naik video dirinya menangis teresak-esak seorang diri apabila isu beliau merotan anaknya itu turut dilaporkan dalam slot berita utama.

Malah perkara ini turut di ulas oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ini tulis Aliff Syukri:

“apa salah sy?? sy hanya nak jadi abah yg terbaik utk anak saya cess @qadejah_terlajaklaris. sy hanya insan biasa”

Ini video nya:

Sebenarnya, kalau diikutkan, ini bukan lah kali pertama Aliff Syukri dihimpit kontroversi kerana video yang dimuat naik di media sosial, rata-rata netizen berharap apa yang berlaku kali ini menjadi pengajaran buat Aliff.

Tidak salah untuk mendidik anak dengan cara tersendiri tetapi sebenarnya tidak perlu untuk kongsi video kepada umum, harap lepas ini Aliff Syukri lebih berfikir apnjang dan dapatkan padangan orang lain terutama keluarga sebelum nak berkongsi semua perkara kepada orang ramai di laman IG miliknya.

Sumber: IG ALiff Syukri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here