“Mereka buat saya macam tak wujud. Usahkan tegur, salam pun tidak..” – Izzue Islam menangis

Izzue Islam sekali lagi memberi respon tentang pengundurannya dari kumpulan Forteen. Izzue mendakwa tiada seorang pun anggota Forteen menghubunginya selepas dia berundur apatah lagi memaklumkan mengenai penganjuran sidang media kumpulan itu, hari ini.

Tindak-tanduk anggota Forteen itu membuktikan keputusannya keluar adalah keputusan paling terbaik untuk Izzue, Forteen dan semua.

Menerusi laporan Berita Harian, Izzue mendedahkan sudah berulang kali isu dirinya dipulaukan teman-teman berlaku.

TAK TEGUR SAPA

Ini kenyataan dari Izzue Islam:

“Ini bukan kali pertama mereka tidak bertegur sapa dengan saya. Kejadian pertama pada 2014 tapi tidaklah sampai saya ambil keputusan berundur. Namun, kali ini, saya sudah fikir masak-masak.

“Tempoh hari, ketika berada di final musim kelima Gegar Vaganza (GV5), mereka buat saya macam tak wujud. Usahkan tegur, bersalam pun tidak sedangkan dengan orang lain boleh pula mereka bercakap seperti biasa.

“Saya faham, adalah normal dalam sesebuah kumpulan berselisih pendapat, cuma andai tiada lagi persefahaman hingga tidak bercakap, lebih baik saya berundur. Kalau tak (buat) sekarang, esok lusa kalau jadi (dipulaukan) lagi, saya tetap keluar”

Kemelut dalaman Forteen akhirnya mula jadi bualan setelah Izzue Islam membuat pengumunan mahu berundur dengan alasan tiada lagi persefahaman dengan anggota yang lain.

Selepas itu, ahli kumpulannya pula membuat kenyataan terkejut dengan tindakan Izzue dan mendakwa dia tidak berbincang selain mungkin berlaku salah faham.

TAK TAHU SIDANG MEDIA

Kumpulan Forteen dikatakan akan membuat satu sidang media Forteen di Shah Alam, pada jam 2.30 petang ini dan Izzue berkata, dia tidak tahu menahu atau dimaklumkan apa-apa mengenainya.

“Saya tak tahu pun. Tiada sesiapa yang hubungi atau memaklumkan saya berkenaan majlis itu. Jadi, saya tak tahu sama ada berkaitan single baharu atau perkara lain.

“Memang Forteen ada lagu baharu yang sudah disiapkan dua bulan lalu. Namun, pelancarannya ditangguhkan selepas kami menyertai GV5. Jika diikutkan, single itu mahu dilancarkan selepas GV5.

“Kalau saya sudah keluar (kumpulan) pun, saya sedia bagi kerjasama untuk promosi lagu itu. Saya tiada masalah… Apa pun kita tunggu saja sebarang pengumuman lanjut”

Kumpulan Forteen pernah bernaung bawah KRU Music serta popular dengan lagu seperti Berdua Bersatu, Kita dan Dekat Tapi Jauh.

Selain menyanyi, Izzue Islam merupakan seorang pelakon yang popular dan juga berbakat sebagai pengacara.

IZZUE ISLAM MENANGIS

Menerusi satu video temubual dari mstar, Izzue Islam sebak dan sedih tentang isu ini.

Ini pula video luahan hati dari Izzue:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here