Dengan rendah diri, bapa Zahirah MacWilson pula tampil minta maaf kepada Aiman Hakim Ridza

Bapa kepada Zahirah iaitu Zainol MacWilson telah membuat permohonan maaf sekiranya kenyataaannya tentang hubungan anaknya dengan rakan artis, Aiman Hakim Ridza sebelum ini ada menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Kata Zinol yang kini berumur 60 tahun, dia tidak bermaksud tak nak memberi restu terhadap hubungan pasangan yang sedang hangat bercinta itu akan tetapi akui belum kenali hati budi Aiman secara peribadi.

Ini komennya:

“Bukannya saya tidak restu hubungan istimewa mereka, tapi saya masih belum kenal keperibadian Aiman.

“Jadi tiada istilah saya tidak memberi restu. Tapi jika Aiman terasa hati dengan kenyataan saya sebelum ini, saya dengan rasa rendah hati memohon maaf,”

Menerusi laporan mStar Khamis lalu, Zainol memberitahu dia hanya mengetahui mengenai hubungan intim anak gadisnya dengan aktor Aiman menerusi laporan berita dan media sosial.

Kata Zainol, dia belum berkesempatan untuk mengenali Aiman secara peribadi sebaliknya hanya mendengar cerita mengenai pelakon tersebut daripada pihak luar.

Namun begitu, apabila ianya menjadi viral, Zainol merasakan kemungkinan kenyataan dari dirinya itu telah menyinggung perasaan pelakon berkenaan.

Bagaimanapun ujar Zainol, sebagai bapa dia sedia merestui hubungan Zahirah dan Aiman termasuk untuk tampil sebagai wali.

Ini komen Zainol lagi:

“Kalau ini pilihan mereka, saya dengan rasa berbesar hati memberi restu dan sedia menjadi wali jika mereka mahu mendirikan rumah tangga kelak.

“Langsung tidak wujud sebarang isu antara saya dan kekasih Zahirah, ia cuma salah faham. Saya juga tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak,” tambah Zainol.

Kisah percintaan antara pelakon Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza mendapat perhatian ramai sejak bulan Disember yang lepas apabila masing-masing memuat naik gambar yang mesra bersama di laman media sosial Instagram mereka dengan menulis caption seakan bercinta termasuk hashtag #ZahirAH.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here