Pengakuan Terkini Oktovia Manrose, Khas Buat Bella Astillah

Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan satu pendedahan yang amat mengejutkan. Aliff Aziz buat hal lagi. Memang tak disangka-sangka, nampaknya pisang berbuah dua kali.

Isteri Alifff Aziz, iaitu Bella Astillah menerima tamparan hebat apabila suaminya itu khabarnya sekali lagi berlaku curang, kali ini dengan pelakon sedang meningkat naik namanya iaitu Oktovia Manrose.

Melalui laman IG miliknya, Bella Astillah meluahkan rasa hatinya petang semalam.

Tak lama selepas itu, pelakon yang dikatakan terlibat iaitu Oktovia Manrose turut mengeluarkan kenyataan balas dan menafikan mempunyai hubungan dengan Aliff Aziz. Kata Oktovia Manrose, dia kular hanya sebagai kawan sahaja.

Malah Oktovia Manrose meminta bukti dakwaan dia berkelakuan seperti yang didakwa oleh Bella.

KENYATAAN TERBARU

Dalam kenyataan yang dibuat menerusi IG storynya itu, pelakon baru ini menyifatkan semalam adalah hari yang bersejarah untuknya. Pelakon ini mengatakan insiden yang berlaku langsung tidak pernah terfikir atau dirancang olehnya.

Oktovia Manrose mengaku kesilapan yang dilakukan dan dia mengatakan tak mahu menegakkan benang yang basah.

OKTOVIA MOHON MAAF KEPADA BELLA

Satu permohonan maaf dibuat kepada Bellada Oktovia Manrose mengaku tidak sewajarnya keluar dengan Aliff yang diketahuinya sebagai suami kepada Bella Astillah.

TERKEJUT DENGAN KECAMAN NETIZEN

Oktovia Manrose berkaat dia membalas komen Bella keraa terkejut dengan komen negatif yang diterim dari netizen.

Ini komennya:

“I tak patut keluarkan statement apa-apa pun sebab dah terang-terang I yang salah. Kenapa tadi I jawab macam tu is because I terkejut dengan all harsh words dari netizen sampai buat I melantun, its really hurting me, but I deserve it.”

Oktovia Manrose berharap Bella dan Aliff Aziz dapat selesaikan isu ini dengan baik dan mendoakan yang terbaik untuk kedua-duanya.

Sumber: Oktovia Manrose

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here