(FOTO & VIDEO) Coach Yin terlibat dalam kemalangan jalan raya

Instasfamous iaitu Coach Yin atau nama sebenarnya, Mohd Tishrin bin Mohd Adanan telah dilaporkan telibat dalam kemalangan kecil.

Kemalangan jalan raya yang menimpa teman rapat kepada usahawan kosmetik, Nur Sajat ini difahamkan berlaku ketika dia dalam perjalanan ke Cameron Highland. Kejadian dikatakan berlaku pagi semalam.

Malah, Coach Yin turut berkongsi sedutan video dan beberapa keping foto kemalangan berkenaan menerusi Instagram miliknya dan mendapat perhatian ramai.

Menerusi foto dan video yang dikongsikan, kelihatan seperti usahawan ini mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanannya.

Namun, Coach Yin tak ada memberikan gambaran jelas tentang kecederaan yang dialami olehnya.

Turut dimuat naik ialah gambar motorsikal kuasa tinggi yang turut mengalami kerosakan akibat kemalangan berkenaan.

Ini caption dari Coach Yin.

“Assalamualaikum, kepada yang ada wssp saya, Jika saya tak ade memberi respon saya mintak maaf kerana pagi semalam saya terbabit dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke cameron highland.

“Terima kasih kepada semua sahabat saya BRADERS MC kerana dari pagi sampai ke petang menguruskn keadaan saya, jasa anda tetap saya akan ingt smpai bila-bila.

“Tanpa anda kemarin entah bagaimana keadaan saya, kepada sayang @ajramjat02, saya kat sini ok, in sha allah mudah-mudahan keadaan saya akan bertambah baik,”

Rata-rata para follwoer Coach Yin di Instagram memberi komen dan mendoakan agar dirinya kembali sembuh seperti sedia kala.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here