“Astaghfirullah, Sedih.. Awak Wajib Tegur Isteri” – Netizen Tegur Bunga Citra Lestari Berpakaian Terdedah

Pelakon dan penyanyi berasal dari negera seberang Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari telah menjadi tumpuan pada percutian Tahun Baru ini.

Apa tidaknya, penyanyi cantik jelita ini telah muat naik satu gambarnya hanya berbikini di tepi pantai di laman Instagramnya baru-baru ini.

Difahamkan, gambar berkenaan telah diambil ketika dia bersama satu keluarga, suami, Ashraf Sinclair dan anaknya, Noah Sinclair bercuti di pulau Hawaii.

Ini gambar Bunga Citra Lestari tersebut:

“Early evening at the beach #bungacitralestari #hawaii,”

Susulan itu, di bahagian ruangan komen gambar itu dipenuhi dengan komen dari netizen terutaam peminatnya dari Indonesia yang meminta agar suaminya iaitu Ashraf Sinclair untuk menegur cara pemakaian isterinya itu kerana dikatakan terlalu terdedah menampakkan bahagian badannya.

Ini komen netizen:

Dalam pada itu, ada juga yang menegur netizen yang suka sangat membawang dan mengutuk Bunga Citra Lestari kerana berpakaian sedemikian.

Sebelum ini, memang sudah beberapa kali Bunga Citra Lestari pernah ditegur netizen kerana sering tampil terdedah.

Bunga Citra Lestari popular dengan lagu seperti Ingkar, Aku Dan Dirimu dan juga Wanita Terbahagia serta pernah berlakon beberapa filem.

BCL telah berkahwin dengan pelakon berasal dari Malaysia iaitu Ashraf Sinclair.

Sekadar info, penyanyi antarabangsa iaitu Yuna juga berkahwin dengan adik kepada Ashraf Sinclair iaitu Adam Sinclair.

Sumber: Media Hiburan

Foto/Instgaram: Bunga Cinta Lestari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here