Che Hafiz Jawab Tuduhan Tak Hirau Jeritan Anak

Rata-rata netizen telah mengecam tindakan yang dilakukan oleh Dr Che Muhammad Hafiz yang dilihat tidak mempeduli jeritan anak mereka yang memangil ayahnya berulang kali.

Mereka meluahkan rasa kecewa dengan sikap yang ditunjukkan Dr Che Muhammad Hafiz selepas selesai prosiding di Mahkamah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada Isnin lalu.

Dengan itu, Che Muhammad Hafiz tampil bagi memjawab tuduhan itu mengenai kekeliruan isu tersebut. Ini komen dari suami Lufya:

“Sebelum keluar mahkamah, saya memang berjumpa dan luangkan masa dengan anak disaksikan oleh dia dan ahli keluarga dia sendiri… anak amat rapat dengan saya.

“Hanya setelah anak tersebut pergi kepada Lufya, baru saya keluar mahkamah tetapi tidak perasan yang anak ikut saya dari belakang.

“Jika benar saya mendengar suara anak, takkan sebagai bapa sanggup buat tidak endah,”

“Saya ingin menasihati Lufya supaya berhenti membuat kenyataan media memburuk-burukkan dan memfitnah saya, sebaliknya buktikan di mahkamah jika benar, jangan sekadar baling batu sembunyi tangan.

“Berkenaan isu saya tidak hiraukan anak dan setelah beberapa bulan baru dapat jumpa anak adalah fitnah dan dia serta keluarga sendiri tahu apa yang berlaku apabila saya ingin berjumpa dengan anak di rumah dia,” 

“Nasihat saya kepada Lufya, apa pun masalah antara kami jangan dipisahkan hak saya untuk bersama dengan anak kerana dia juga anak kandung saya.

“Jangan wujudkan kesulitan atau kesusahan kerana anak tidak bersalah dan berhak untuk mendapat kasih sayang ibu dan bapa.

“Anak juga adalah keutamaan saya dan amanah yang diberikan untuk saya didik, lindung dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak,”

Menurut Che Hafiz dia sama sekali tidak mendengar jeritan Laana Haura yang menagis menjerit memangilnya.

Namun, menerusi rakaman video yang disiarkan mStar pada Isnin, wartawan sempat merakam situasi itu di luar mahkamah yang menunjukan Che Muhammad Hafiz hanya berjalan serta ditemani oleh beberapa pengawal tanpa menghiraukan tangisan anaknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here