Adira Luah Rasa Syukur Peminat Doakan Rumahtangganya

Jika sebelum ini industri seni hiburan dikejutkan dengan berita penyanyi Adira yang telah memfailakn permohonan cerai terhadap suaminya iaitu Adnan Abu yang lebih popular dengan gelaran Datuk Red.

Namun, desas desus kontroversi yang melanda rumah tanga artis putih melepak ini terus menjadi perhatian warga netizen yang mengikuti perkembangan terbaru mereka.

Baru-baru ini juga, satu status di IG story milik suaminya, Datuk Red telah memuat naik satu perbualan WhatApps yang didakwa milik Adira. Status itu menunjukan bahawa Adira dikatakan telah menarik balik permohonan penceraiannya.

Punca yang dikatakan adalah kerana dia memikirkan nasib tiga orang anak-anaknya. Dilihat, Datuk Red juga telah meluahkan rasa syukur kerana isteri keduanya tidak jadi untuk meneruskan penceraian.

Hasil tinjauan di laman sosial Instagram milik Adira dia ada memuat naik sekeping gambar yang menunjukan suaminya Datuk Seri Adnan Abu sedang tidur do sofa bersama anaknya.

Ini komen yang ditulis oleh Adira selepas para peminat dan pengikut Instagramnya mendokan kebahagian dia bersama suaminya akan terus kekal abadi.

 “Terima kasih kerana doakan kami. Insya-Allah,”

Sebagai rekod, Adira telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan menjadi isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Hasil daripada perkongsian hidup selama empat tahun pasangan ini telah mempunyai tiga orang anak perempuan.

Anak perempuan Adira yang bernama Anggrek, Assan dan Anggun. Baguslah pasangan ini sudah pun berbaik dan tidak jadi meneruskan penceraian. Semoga Adira dan suami akan sentiasa bahagia dan akan baik-baik selalu.

Biasalah kehidupan rumah tangga ada pasang surutnya. Itulah yang dinamakan cabaran serta ujian yang harus kita tempuh dan juga sebagai persediaan untuk menjadi seorang yang matang dalam kehidupan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here