Luna Maya Tak Trauma Sumbat Tiga Biji Kentang Dalam Mulutnya

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya berkata bahawa dia hampir termuntah apabila tersedak kentang semsa cuba merialisasikan salah satu babak dalam filem Rumah Kentang: The Biginning.

Menurut laporan Tribun News, Luna Maya yang memegang watak Sofie harus memasukkan tiga biji kentang kesemuanya dalam mulutnya supaya dia dapat  memuntahkan kentang tersebut untuk mendapatkan hasil bagi menjayakan karakter yang dilakonkan.

Walaupun terpaksa melakukan perkara itu berulang jelas Luna Maya lagi dia tidak sama sekali mengalami sebarang trauma terhadap kentang. 

Ini komen Luna Maya tentang scene mencabar yang harus dilakukannya:

“Tersedak kentang tu scene paling mencabar. Prosesnya apabila kentang tu dimasukkan ke dalam mulut, dan luahkan selepas menerima arahan

“Bayangkan tiga biji kentang bulat-bulat sekaligus. Rasa tersedak, pening kepala macam nak muntah sebab kentang tu dah dekat hujung tekak. 

“Tapi, so far tak ada lagi trauma dengan kentang. Saya masih sukakan kentang goreng… suka sangat,”

Pelakon cantik ini menyifatkan bahawa adegan serta proses memasukan tiga biji kentang sekaligus dalam mulutnya adalah yang paling mencabar.

Dia harus menunggu arahan sementara tiga kentang masih penuh di dalam mulutnya dan hampir muntah dibuatnya.

Jelasnya lagi, pengalaman memasukan kentang dalam mulutnya membuatkan dirinya seakan pening, rasa tersedak dan muntah. Namun dia memberitahu bahawa dia tidak trauma dengan kentang malah masih menyukainya.

Selain daripada itu, Luna Maya memberitahu bahawa faktor cuaca yang terlampu sejuk juga merupakan cabaran yang getir bagi menjayakan filem seram tersebut.

Filem rumah kentang ini akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 21 November 2019 gandingan Luna Maya bersama Christian Sugiono. Fuhhh!! Mencabar juga ye aksi yang harus dilakukan oleh Luna Maya ni semoga hasil filem ini akan memberi impak besar pada penonton.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here