“Akhirnya menangis juga… mummy sebak tengok daddy orang lain pula yang pujuk dan peluk dia”

Rita Rudaini telah berkongsi rasa hatinya yang sedih apabila melihat anak sulungnya, Ryan yang sedang bersedih dan kemudian telah dipujuk oleh bapa kepada rakan anaknya itu.

Kata Rita Rudaini, dia terpaksa membiarkan anaknya duduk berseorangan selepas kecewa dalam acara sukan tahunan di sekolah.

Sebelum ini, Ryan selalu juara tapi tahun ni telah tewas dan dapat nombor dua.

Ini dedah Rita Rudaini:

“Dari jauh mummy dah nampak muka dia kecewa… Memang taknak tegur dan biar dia duduk sorang, ambil masa bertenang.

“Akhirnya menangis juga… mummy sebak juga sebenarnya. Sebak sebab tengok daddy orang lain pula yang pujuk dan peluk dia.

“Ryan terlampau sedih sbb dari P1, P2, P3 jadi juara rumah hijau. Tapi tahun ni jatuh nombor dua. Its okay sayang, Ryan tetap nombor satu di hati mummy”

Kisah itu dikongsi Rita menerusi laman Instagramnya pada Khamis dan mendapat perhatian dari para netizen termasuk rakan selebriti lain yang turut sebak dengan kisah itu.

Selain itu mereka turut memberi kata-kata semangat terhadap Ryan dan Rita Rudaini agar terus kuat semangat.

Untuk pengetahuan, Rita Rudaini telah berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 dan pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada 5 September 2013.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin (10 tahun) dan Airit Qaqa Arjuna (8 tahun) yang kini di bawah jagaan Rita Rudaini.

Sumber: Ig Rita Rudaini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here