Orang potong line di buffet ramadhan, suami Siti Saleha mengamuk

Suami kepada pelakon Siti Saleha, Ahmad Lutfi didakwa mengamuk ketika berbuka puasa.

Khabarnya dia berang dengan tindakan tukang masak di sebuah restoran yang memberikan juadah apam balik kepada tetamu yang memotong barisan.

Dari forum gosip popular, Lutfi dikatakan mengamuk sejurus insiden terbabit hingga mengherdik tukang masak terbabit di hadapan orang ramai.

“Saya baru saksikan Ahmad Lutfi tunjuk lagak kat pekerja stall bufet buka puasa tadi.

“Alasannya kerana teringin sangat nak apam balik, jadi apabila ada seorang tu potong line dia terus naik angin kat tukang buat apam balik tu pula.

“Siap heret floor manager, hentak pinggan dan herdik tukang buat apam balik itu depan orang ramai.

“Tak pasti apa yang dia expect apabila attend public buffet yang open kepada beratus-ratus customer ni. Siap mention floor manager yang ‘diorang tu artis’ jadi patut pekerja tu aware.

“This guy seriously need some anger management issue,”

Difahamkan kejadian itu berlaku sekitar jam 8 malam dan hidangan itu kebarangkalian menjadi juadah pertama Lufti berbuka puasa.

Ini pula komen pengguna lain:

“Ke Saleha tengah mengandung ni? Tu yang laki dia hormonal lain macam sikit,”

Kejadian itu disifatkan segelintir netizen telah mencalarkan reputasi Siti Saleha yang selama ini bersih daripada gosip.

Namun begitu, ada juga yang memahami situasi Lutfi apabila berlaku situasi sedemikian dalam keadaan yang tenang seperti mengejar waktu berbuka puasa.

Kalau jenis orang suka potong line ni memang orang yang tak ada adab dan etika. Pendek kata memang jenis menyusahkan orang lain dan penting diri sendiri. Memang patut kena marah.

Apapun semoga perselisihan faham ini diselesaikan dengan cara baik.

Sumber: Astro Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here