(6 FOTO) Comelnya… Gelagat Siti Aafiyah pergi umrah jadi tumpuan

Gambar yang menunjukkan gelagat Siti Aafiyah iaitu anak kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika buat dan mengerjakan Umrah mendapat perhatian netizen.

Beberapa keping gambar telah dikongsi Siti Nurhaliza di akaun Instagram miliknya itu menunjukkan Aafiyah berada dalam kedaaan amat comel dan gembira ketika berada di Masjid Nabawi, Madinah.

Rata-rata memuji kecomelan Aafiyah yang dilihat memakai tudung sepanjang berada di sana.

Ini pertama kali untuk Siti Aafiyah menjejakan kaki ke sana. Kata Siti Nurhaliza ia menjadi impiannya sejak hamilkan anaknya itu untuk membawa anak kecil itu ke kota suci.

Sepanjang berada di sana, Siti Nurhaliza turut ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, anggota keluarga dan pengasuh anaknya, minggu hadapan.

Siti dan keluarga dijangka berada di Tanah Suci selama 10 hari. Kali terakhir Siti menunaikan umrah adalah kira-kira dua tahun lalu.

Ini caption Siti Nurhaliza:

“Salam dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, ziarah kami kali ini dipermudahkan dengan kerjasama bersama @AmalbyMH . Aafiyah pun nampak teruja pertama kali ikut ibu ke Masjid Nabawi .. Alhamdullillah..

Berikut merupakan beberapa keping gambar Siti dan Aafiyah ketika berada di sana:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here