Pengarah dedah Azhan Rani punca utama kenapa watak Ustaz Hamadi dimatikan.. Ini sebabnya

Semalam merupakan episod terakhir drama paling viral di Malaysia iaitu drama bersiri Nur musim kedua (Nur 2).

Drama ini telah melabuhkan tirai nya semalam setelah 14 episod bersiaran di TV3 dan ternyata ianya sekali lagui mengundang fenomena tersendiri.

Di episod akhir malam tadi, antara point paling penting adalah kematian watak antagonis iaitu Ustaz Seyd Hamadi atau Ustaz Madi. Isterinay sendiri iaitu Ecah yang menamatkan riwayat Ustaz Madi yang ketika itu cuba buat sesuatu kepada Suraya, kawan kepada Amirul, adik Ecah.

Kalau anda peminat setia drama ini, memang ustaz Madi ini menyebabkan ramai yang sakit hati dan naik angin apatah lagi dengan sikapnya yang boleh dilabel sebagai penunggang agama.

Kini akhirnya watak ini berakhir dan tiada lagi.

Ramai tertanya-tanya kenapa watak ini dimatikan, dan untuk menajwab persoalan ini, tuan director iaitu Shahrulezad Mohameddin yang terkenal dengan nama Budak Ijat, tampil memberi jawapan.

Jelas Shahrulezad, punca utama watak Ustaz Hamadi ini dimatikan adalah kerana permintaan dari Azhan Rani sendiri.

Melalui satu pegakuan di stesen radio, Shahrulezad mengatakan Azhan Rani tidak percaya dengan sekuel.

Oleh itu sebenarnya, memang susah untuk Shahrulezad memujuk Azhan Rani untuk menyertai semula drama Nur untuk musim kedua ini. Dan setelah berbincang, Azhan Rani setuju untuk buat kali terakhir sebagai ustaz Madi.

Ini komennya:

“Kenapa matikan watak Ustaz hamadi, pertamanya atas permintaan dari Azhan Rani sendiri. Azhan Rani ni tak percaya pada sekuel. Masa nak buat Nur 2, orang yang sangat susah untuk pujuk adalah Azhan Rani”

“Saya tak pernah terpikir sekuel ni perlu tapi kerana permintaan dan abang fiir Nur boleh dikembangkan, akhirnya buat Nur 2. Pelakon lain semua tak ada masalah dan Norkhiriah yang paling excited sekali.

“Tetapi Azhan Rani memang payah. So saya kata, kalau Azhan Rani tak buat, maka saya pun tak buat Nur2”

“Jadi Azhan Rani kata alamak sebab aku ke tak buat Nur2, jadi Azhan Rani setuju tapi dengan syarat ini kali terakhir”

Sumber: Ig Azhan Rani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here