Viral Di IG DJ Soda: “Kebaya”, “Menara KLCC” Di Claim Dari Indonesia

DJ Soda satu nama yang cukup besar kepada mereka yang meminati dunia DJ. Baru-baru ini khabarnyaDJ Soda telah datang melawat Malaysia. Memang sebelum ini, DJ Soda pernah beberapa kali datang ke Malaysia untuk membuat persembaha.

Dikenali sebagai antara DJ paling cantik dan popular di Asia, DJ Soda terus mencuri perhatian ramai ketika berada di Malaysia.

DJ Soda telah memuat naik gambar berpakaian baju kebaya di hadapan menara tertinggi di Malaysia, KLCC. Namun, apa yang menjadi perdebatan di ruangan komen apabila ada beberapa rakyat negara jiran yang mengaku baju kebaya dan KLCC berasal dari Indonesia.

Rakyat Indonesia yang terkenal dan sering mendakwa Malaysia sering mencuri warisan negara mereka. Sebagai contoh lagu Rasa Sayang, tarian kuda kepang, satay, popia, rendang dan banyak lagi lah, tak terkira.

Kali ini, baju kebaya yang dipakai DJ Soda dan bangunan KLCC pula didakwa berasal daripada Indonesia. Diruangan komen juga, rakyat Malaysia mula terhibur dengan gelagat dan komen yang ditulis dari negara Indonesia. Ambiklah nak sangat.

Jom baca:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here