“Antara terbodoh dikalangan yang bodoh” Abby Abadi berbalas komen dengan peminat Blackpink

Semalam selebriti Abby Abadi telah menulis tentang konsert penyanyi dari Korea iaitu Blackpink yang diadakan di Malaysia Sabtu dan Ahad lalu.

Ianya merupakan konsert BLACKPINK untuk siri jelajah dunia dan di Malaysia ianya diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam. Konsert memang dapat sambutan tinggi dari peminat di Malaysia sehingga tiket habis dijual.

Pelakon Gerak Khas ini memeprsoalkan cara pakaian yang dikenakan oleh kumpulan itu yang dikatakan terlalu singkat.

Selain itu, Abby Abadi juga pelik kenapa tiada bantahan terhadap konsert berkenaan.

Tambahnya, dia turut mengimbas kembali dan mempersoalkan tentang konsert Selena Gomez yang juga tidak dibenarkan membuat persembahan di Malaysia disebabkan berpakaian terdedah. Tetapi kenapa tidak ada bantahan buat Blackpink ini?

Ekoran dari pandangan tegas dari Abby Abadi, ada peminat kumpulan Blackpink dan juga peminat K-Pop telah paas hati dengan komen berkenaan.

Rata-rata tak setuju dengan pandangan dari Abby Abadi itu.

BOLEH GOOGLE GAMBAR LAMA ABBY ABADI

Malah ada yang mengatakan dulu Abby Abadi juga seperti itu dan boleh buat carian di Google tentang gambar lama Abby Abadi ketika bersama kumpulan ELITE.

Ternyata Abby Abadi berang dengan komen itu dan melabel pengguna IG itu sebagai ‘komen yang bodoh’.

LEBIH BAIK DIAM

Ada juga peminat yang meminta Abby Abadi untuk berdiam diri dan tak mengulas tentang konsert berkenaan. Follower berkenaan berkata hidup tanpa perlu mengkritik orang lain.

MINTA SOUND PELAKON GERAK KHAS

Ada juga netizen yang meminta Abby Abadi mengkritik dan menegur pelakon dalam drama Gerak Khas.

MINTA PAKAI JUBAH

Ada juga yang menyindir dengan meminta Blackpink untuk memakai jubah di konsert berkenaan.

Apapun, itu adalah pandangan Abby Abadi semata-mata.

Sumber: IG Abby Abadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here