Terima Padah.. Kerana Filem Munafik2, Syamsul Yusof Ambil Tindakan Saman

Siapa yang tak kenal dengan nama Syamsul Yusof. Pengarah dan pelakon muda berumur 34 ini semakin disegani dengan karyanya yang amat hebat dan berjaya. Antara yang sedang hangat ialah karyanya berjudul filem Munafik 2. Filem ini mencatatkan sejarah tersendiri dengan meraih lebih rm43 juta, filem paling berjaya di Malaysia.

Dalam perkembangan terkini, Syamsul Yusof telah membuat kejutan dengan mengambil tindakan mahkamah terhadap seorang indovidu yang telah memuat naik dan menyebarkan filem Munafik 2 di media sosial.

Menurut Syamsul, tindakan menyaman individu terbabit adalah sebagai pengajaran kepada mereka dan juga pencetus kepada pembikin filem supaya tidak memandang ringan isu seumpama itu.

Syamsul yusof membuat pengumuman tersebut ketiak berada di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tindakannya itu tidak hanya mewakili dirinya, filem arahannya dan syarikat produksi Skop Productions Sdn Bhd (Skop) semata-mata, tetapi juga pembikin filem lain.

“Dengan tindakan menyaman ini, saya nak semua pihak tahu bahawa kami sememangnya memandang serius isu ini. Saya mengambil tindakan bukan atas nama saya, filem Munafik 2 dan syarikat produksi Skop semata-mata tetapi mewakili semua pembikin filem tempatan.

“Saya berharap tindakan ini akan membawa individu terbabit ke muka pengadilan dan seterusnya dikenakan hukuman setimpal. Kalau tidak, mereka tidak bertanggungjawab ini akan terus bermaharajalela sekaligus akan melakukan kerja-kerja ‘haram’ itu secara berterusan”

“Saya sangat kecewa dengan tindakan individu itu dan bagi saya, kalau dibiarkan, ia akan menjadi barah di dalam industri perfileman tanah air. Saya tahu, ada pihak menganggap apa berlaku adalah hal remeh dan memandang kenyataan saya membawa hal itu ke muka pengadilan, sebagai perkara main-main.

“Sekarang, pihak kami akan melakukan apa saja yang boleh untuk memastikan individu itu didakwa”

“Perbuatan ini adalah satu barah dalam industri filem kita. Kita pun tahu industri sedang berada dalam landasan yang baik tapi bila isu ini masih ada, susahlah.

“Pendapat saya, pihak penerbit, pengarah dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) perlu duduk semeja untuk mencari penyelesaian isu ini. Sampai bila pengkarya harus dihantui perkara ini? Apa guna dana diberi, buat filem, tapi akhirnya bocor,”

Pengarah Urusan Skop, Datuk Yusof Haslam yang juga bapa kepada Syamsul berkata, apa yang berlaku membantutkan perkembangan industri filem Malaysia. Ini komen dari Yusof Haslam tentang hal ini.

“Banyak filem kita sekarang, perkembangannya sangat positif dan ada yang dah sampai ke Hollywood. Tapi, orang tidak bertanggungjawab seperti individu inilah yang merosakkan industri perfileman kita”

“Ramai dah terkena benda ni, tapi sebelum ini ia diselesaikan dengan budi bicara, sebab pesalah padam video dan mohon maaf. Tapi pemuda ini sangat sombong dan bongkak, kita minta padam tapi dia semakin sebar, seolah-olah mencabar kami.

“Atas nasihat rakan-rakan pengeluar filem, kami ambil tindakan ini untuk kepentingan bersama,”

Pihak syarikat Skop telah diwakili peguam bernama Aizun Rohan dan Saiful Roger hari ini menghantar surat saman kepada individu terbabit jam 10.20 pagi tadi, hari ini selepas memfailkan tindakan mahkamah terhadapnya pada 8 Oktober lalu. Sebelum ini, satu laporan polis berkaitan itu sudah dibuat di Balai Polis Setapak pada 20 September 2018.

Untuk pengetahuan, individu berkenaan telah memuat naik dan menyiarkan filem Munafik 2 di Facebook miliknya menggunakan nama “Sasuke Kun” dan di Instagram menggunakan nama profil @muhammad_izwan_shah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here