(VIDEO) Izzue Islam, Forteen Akhirnya Bersemuka… Menangis Berpelukan

Kemelut dalaman yang berlaku kepada kumpulan Forteen akhirnya berakhir apabila mereka semua menemui jalan damai hari ini.

Ini apabila Izzue Islam dipertemukan dengan tiga orang ahli lain iaitu One, Ariz dan Amer dalam satu majlis.

Namun begitu, Izzue Islam masih lagi tekad dengan pendirian dan keputusannya untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.

Ini jelas Izzue Islam:

“Kata orang, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Kita semua ada ego masing-masing. Namun pertemuan yang berlaku hari ini, memang ini yang saya mahukan.

“Saya masih tetap dengan pendirian namun tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama Forteen”

“Ada beberapa isu yang memerlukan perbincangan antara kami. Saya tiada menyimpan dendam dan sayang dengan kumpulan Forteen.

“Saya berharap peminat mendoakan segala yang terbaik buat saya dan juga Forteen selepas ini. Siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang”

Dijelaskan lebih lanjut berhubung sama ada isu yang terjadi sekarang digunakan sebagai gimik untuk sebarang pelancaran lagu atau produk seni, Izzue mempunyai jawapannya sendiri.

“Kami sudah rakam lagu bersama sejak setahun lalu. Memandangkan sekarang saya tidak lagi bersama Forteen, saya okey andai Forteen merakamkan lagu itu tanpa vokal saya.

“Saya juga bersedia membayar sebarang kerugian berkenaan hal itu. Memang saya akui, semua ini berpunca daripada isu penarikan diri saya daripada Forteen. Jadi, saya akan tanggung kerugian,”

Tambah Izzue lagi, dia perlu menjernihkan isu di antara mereka sebelum membuat sebarang keputusan.

Sementara itu, One atau nama lengkapnya Mohammad Ridzuan Sharifuddin tidak dapat lagi menahan sebak dan sentiasa bersedih hati dan mengalirkan air mata ketika pertemuan berkenaan.

Ini kata One:

“Tujuh tahun bersama, banyak perkara yang telah kami lalui bersama. Saya tidak sangka pengakhirannya begini dan Izzue keluar daripada kumpulan ini.

“Saya hormat keputusan Izzue tapi saya juga mewakili kawan-kawan lain, dia akan sentiasa dialu-alukan untuk menyertai kumpulan ini kembali”

Sementara itu, Ariz pula memberitahu mereka sebenarnya masih terkejut dengan keputusan Izzue Islam dan sebenarnya masih lagi memerlukan izzue dalam kumpulan Forteen.

Katanya lagi, insiden pergaduhan di antara mereka tidak sepatutnya dijadikan alasan Izzue menarik diri dan berharap pelakon itu dapat mengubah fikirannya.

“Kami perlukan Izzue tapi apa pun kami tak boleh paksa keputusan dia dan kami terima.

“Sudah tujuh tahun kami bersama dan perkara ini tak sepatutnya dijadikan alasan untuk berpecah.

“Saya harap situasi ini boleh diubah selepas kami duduk berbincang kerana apa yang terjadi pun kerana masing-masing marah dan ego tinggi”

Minggu lepas, Izzue islam umum mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen sebaik sahaja Gegar Vaganza 5 melabuhkan tirai.

Izzue mendakwa kecewa dan berasa dipulaukan oleh ahli yang lain ketika dalam tiga hari sebelum konsert akhir berkenaan berlangsung.

Ini video dari mStar:

Ini pula satu lagi video penuh: (sila guna earphone)

Sidang Media Antara Forteen dan Izzue Islam

Posted by Astro Gempak on Friday, 23 November 2018

Sumber: Kosmo / mStar / Astro Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here