Senarai Penuh Finalis Anugerah Juara Lagu 33

Semalam, pengumuman dibuat bagi memilih 12 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) selepas berentap di pentas Semi Final Muzik Muzik 33 (SFMM33) yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di AJL33 yang bakal berlangsung pada Februari depan terdiri daripada Semakin (Siti Sarah), Bunga (Ara Johari), Kau Pun Sama (Syamel), Sampai Bila (Misha Omar), Haram (Hael & Dayang) dan Luluh (Khai Bahar).

Turut dipilih ialah Bunga (Altimet), Jatuh Bangun (Haqiem Rusli ft Aman Ra), Tak Pernah Hilang (Amylia & Kaer), Hajat (Hael Husaini), Di Mata Mu (Sufian Suhaimi) dan Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jaclyn Victor).

Finalis AJL33:
1. Semakin- Siti Sarah
2. Bunga- Ara Johari
3. Kaun Pun Sama- Syamel
4. Sampai Bila- Misha Omar
5. Haram- Dayang Nurfaizah dam Hael Husaini
6. Luluh- Khai Bahar
7. Bunga- Altimet
8. Jatuh Bangun- Haqiem Rusly
9. Tak Pernah Hilang- Amylea dan Kaer
10. Hajat- Hael Husaini
11. Dimatamu- Sufian Suhaimi
12. Nisa Cinta- Jaclyn Victor dan Siti Nordiana

Program peringkat separuh akhir ini telah bersiaran selama tiga minggu berturut-turut yang bermula 9 November lalu dengan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2018.

Rancangan Semi Final Muzik-Muzik 33 dihoskan olen Haziq dan Sherry Al Hadad.

Kesemua lagu telah dinilai oleh barisan juri professional iaitu Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Cat Farish dan Datuk Mokhzani bertindak selaku ketua juri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here