“Ingat ya tanpa perokok, perniagaan saudara saudari boleh lingkup” -Sharnaaz Ahmad

Negara Malaysia memasuki era yang mana merokok kini dilarang di beberapa tempat awam. Majoriti orang ramai di negara ini setju dengan larangan in memandangkan ianya memberi kebaikkan kepada semua orang terutaam mereka yang tak merokok.

Larangan merokok di tempat awam khususnya di kedai-kedai makan dan restoran telah pun berkuatkuasa pada tarikh 1 Januari lalu.

Susulan itu, pelakon popular tanah air yang juga seorang perokok iaitu Sharnaaz Ahmad telah memberi pandangan peribadi tentang isu ini.

Sharnaaz Ahmad tampil mengingatkan jangan sesekali kurang ajar dengan para perokok selain menyatakan bahawa tanpa perokok perniagaan seseorang itu boleh tutup.

Ini tuls Sharnaaz di laman Twitter miliknya baru-baru ini:

“Larangan merokok memang baik!! Tapi bagi aku perokok tak lah terbaik mana lah tetapi buang sifat penting diri, jadi okeyyyyy lah ikut lah..

“TATAPIIIII, Jangan sesekali kurang ajar pada perokok, dari denda merokok, jadi denda penendang… perokok manusia, bukan sampah.

“Lagi satu nak cakap pasai larangan merokok, memang baik larangan tu, kami perokok sambut dgn baik,

“TETAPI! Ingat ya tanpa perokok jugak perniagaan saudare saudari cikebom cikebom pun boleh lingkup. Tak caye tanya mamak sebelah umah hang!,”

Apa-apapun, diharapkan semua rakyat Malaysia kenalah ikut undang-undang ini yang mendatangkan banyak kebaikkan buat semua.

Apapun setiap orang ada pandangan mereka yang tersendiri.

Sumber: Laman media sosial Sharnaaz Ahmad

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here