“Tak semua orang suka lihat kebahagian orang lain” – Hazama

Raami dah tahu, Hazama telahpun berkahwin dengan pemuzik bernama Genevie Kam.

Setelah dua tahun berkahwin, pennyanyi ini memberitahu dia sentiasa mencuba dan berdoa supaya dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinannya itu.

Namun, Hazama berkata, dia percaya ketentuan Allah yang mengurniakan rezeki itu jika dia dan isteri benar-benar bersedia.

Ini jelas Hazama tentang cahaya mata:

“Saya cuba tapi nampaknya belum ada rezeki. Saya berdoa jika kami layak bergelar ibu bapa maka kurniakanlah rezeki zuriat itu, tapi jangan beri jika kami tidak bersedia memikul tanggungjawab itu.

“Saya tak mahu nak anak kerana terikut-ikut trend orang sekeliling. Ia sebab tanggungjawab yang bakal dipikul selepas bergelar bapa nanti,”

Dalam pada itu, Hazama berkata dua tahun melayari hubungan suami-isteri banyak mengajarnya melalui kehidupan sebenar. Hazama dan Genervie sambut ulang tahun ke dua pada bulan Januari lepas.

“Alhamdulillah, banyak benda yang berlaku dalam kehidupan suami isteri yang mengajar saya menjadi lebih bertanggungjawab. Mana tidaknya dahulu saya suka main-main dan tidak fikir tanggungjawab,”

Dalam pada itu, apabila ditanya tentang kurang memuat naik foto bersama isteri di laman sosial, Hazama berkata, tidak semua orang suka melihat kebahagiaan orang lain.

“Cukuplah orang tahu saya sudah berkahwin dan siapa isteri saya, tentang kebahagiaan kami biar simpan untuk kami sahaja.

“Saya sedar tidak semua orang suka lihat kebahagian orang lain, jadi saya rasa tidak perlu untuk kongsi semua,”

Itulah komen hazama tentang kenapa dia jarang muatnaik foto bersama isterinya itu.

Diimbas kembali, Hazama berkahwin dengan pemuzik Genervie Kam pada 15 Januari 2017 dalam majlis sederhana.

Hazama popular apabila menyertai pertandingan Akademi Fantasia musim ke-4, tetapi gagal. Pada Musin ke 9, Hazama sekali lagi masuk ke pertandingan AF dan berjaya menjadi juara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here