Akhirnya Isteri Izzue Islam, Awin Buka Mulut

Awin yang merupakan isteri dan pengurus Izzue Islam tampil memberi respon tentang hal yang berlaku berkenaan Izzue Islam dan kumpulan Forteen.

Namun kata Awin, sejak hal ini berlaku, Awin mendakwa anggota Forteen belum memberi maklum balas tentang tawaran job atau persembahan selepas suaminya keluar daripada kumpulan itu.

Awin memberitahu bahawa mesej yang diberi kepada kumpulan Forteen tidak berbalas walhal ianya berkaitan kerja dan tawaran kerana Awin juga merupakan pengurus kumpulan Forteen.

Beberapa undangan membuat persembahan teah diterima Awin kerana dia merupakan manager dan sudah menghubungi ahli kumpulan itu bagi mendapatkan pengesahan tetapi masih belum ada respon.

Awin berasa pelik dengan sikap anggota kumpulan itu sedangkan sejak bersaing di pentas musim kelima Gegar Vaganza (GV5), dia tidak kisah membantu menguruskan Forteen.

Ini komen Awin:

“Ahli Forteen tahu saya enggan campur tangan dalam kemelut yang melanda suami dan mereka. Ini bagi mengelak timbul isu kepentingan peribadi kerana saya isteri Izzue.

“Sebenarnya, jika diikutkan, saya menguruskan keperluan Izzue saja ketika Forteen menyertai GV5. Namun, saya okay apabila mereka mahu saya membantu band berkenaan sepanjang lapan minggu bertanding.

“Jadi, selepas GV5 berakhir, semua tawaran persembahan diajukan terus kepada saya sehingga sekarang”

“Semalam saya hubungi mereka kerana ada tawaran lain, cuma nampaknya, belum ada balasan.

“Bagi saya, amanah membantu Forteen tetap dilaksanakan dan hal dalaman (kemelut band), biarlah mereka sendiri yang selesaikan”

Awin berkata, selepas berbincang dengan Izzue, dia tidak berdepan masalah untuk terus bekerjasama dengan Forteen dan menajdi manager Forteen walaupun tanpa kehadiran suami sebagai ahli Forteen.

“Ada yang bertanya sama ada Izzue berbincang dengan saya sebelum membuat pengumuman berundur… Memang keputusan itu dibuatnya sendiri.

“Sebagai pengurus, saya hanya boleh memberi pandangan. Saya faham situasi yang dilalui sekarang.

“Saya juga yakin Izzue mampu membuat pertimbangan waras tanpa dipengaruhi mana-mana pihak sebelum membuat keputusan”

Selain Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28, kumpulan vokal harmoni itu turut ditunjangi One, Ariz dan Amer.

Kemelut dalaman Forteen mula jadi bualan selepas Izzue Islam membuat pengumuman mahu keluar atas alasan tiada lagi persefahaman dengan anggota Forteen yang lain.

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here