Tak sampai setahun kahwin, Nonny sahkan sudah bercerai

Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah akhirnya mengaku sudah tidak lagi bersama suaminya, Mustain Adnan. Nonny membuat pendedahan bahawa dia dan suaminya sudah berpisah pada Oktober lalu.

Katanya lagi, perpisahan yang berlaku tak ada kena mengena dengan pihak ketiga tetapi kerana diri mereka berdua.

Ini komen Nonny:

“Memang agak berat untuk kongsi cerita membabitkan rumah tangga tetapi lambat laun, saya harus jelaskan juga.

“Saya tidak lagi tinggal sebumbung dengan suami. Kami tidak lagi hidup bersama.

“Tidak ada sesiapapun yang sudah berkahwin inginkan perceraian. Mungkin jodoh kami tidak panjang. Bagaimanapun, saya berlapang dada menerima qada dan qadar ini,”

“Mungkin sudah ditakdirkan jodoh kami tidak panjang. Tidak timbul isu orang ketiga, sebaliknya ia berpunca daripada kelemahan dan kekurangan diri masing-masing.

“Maaf, buat sementara waktu, saya belum bersedia untuk mendedahkan tarikh sebenar kami berpisah. Bukan ini jalan yang kami mahukan, tetapi kami tidak mampu melawan qada dan qadar.

“Kami tidak boleh memaksa hati untuk meneruskan perkahwinan, bimbang nanti akan memudaratkan diri. Selepas membuat solat istikharah, saya mendapat petunjuk dan ini jalan yang terbaik buat kami berdua,”

Kisah keretakan rumah tangga Nonny yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia itu mulai dihidu netizen dan orang ramai apabila Nonny dan bekas suaminya, Mustain Adnan telah memadam semua gambar serta video mereka bersama di laman sosial, Instagram.

Malah, masing-masing juga sudah tidak saling mengikuti (dah unfollow) di Instagram.

Ini jelasnya lagi:

“Siapa yang berkahwin untuk bercerai? Namun, saya tahu Allah sentiasa ada bersama dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kami berdua.

“Perpisahan ini juga membuatkan saya lebih dekat dengan Allah. Semua yang terjadi mengajar saya supaya lebih matang menangani setiap masalah dan berusaha membentuk diri ke arah yang lebih baik,”

Pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga pada tarikh 18 Mac 2018 di Kota Kinabalu, Sabah.

Semoga kedua-dua nya tabah dengan dugaan itu dan terus move on dengan kehidupan masing-masing. Doa yang baik sahaj buat mereka berdua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here