“Selepas Asar sampai Maghrib, perut saya akan kembung dan membesar..” pendedahan mengejut Awie

Beberapa hari lalu, penyanyi legenda yang juga pelakon popular Malaysia iaitu Datuk Awie telah dilaporkan terpaksa ditahan di hospital kerana kesukaran untuk bernafas.

Tak mengetahui apa yang berlaku terhadap dirinya, Datuk Awie berkata, doktor yang merawatnya telah melakukan pelbagai ujian dan juga pemeriksaan rapi tetapi mendapati bahawa keadaan dirinya sihat serta tidak menemui sebarang penyakit.

Datuk Awie juga mendedahkan ada sesuatu yang tidak kena pada bahagian perutnya dan berikutan itu beliau bercadang untuk melakukan usaha lain iaitu kaedah alternatif yang mungkin dapat menyelesaikan masalahnya itu.

Ini pendedahan dari Awie tentang keadaan misteri yang dialami nya:

“Doktor dah periksa semua dalam perut semua okay, Alhamdulillah. Jantung, organ, usus sebagainya semua okay. Kita tak tahu nak cakap macam mana. Kita akan cuba cara alternatif.

“Selepas Asar membawa ke Maghrib, perut saya akan kembung dan membesar. Bahagian belakang pula terasa seperti dicucuk dengan lembing yang membara,”

Sementara itu, Datuk Awie telah menyatakan rasa syukur kepada ramai yang mengambil berat terhadapnya dan memohon kepada para penyokong dan peminat untuk mendoakan agar beliau sihat kembali dan segera pulih.

Ekoran masalah kesihatan yang dialaminya itu, Datuk Awie terpaksa membatalkan beberapa persembahan pentas termasuklah persembahan di Pesta Pulau Pinang.

Semalam Awie sudah dibenarkan keluar dari hospital dan pulang ke rumah. Sehingga kini, keadaan Datuk Awie dikatakan semakin baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here