“Saya mahu dia tampil pada sidang media 16 April ini” – Fizz Fairuz

Datuk Fizz Fairuz tidak mahu menerima permohonan maaf dari satu akaun Instagram yang menyebarkan berita berunsur fitnah terhadapnya iaitu Instagram Makcik Puaka.

Kata Fizz Fairuz, dia mahu individu yang kendali akaun berkenaan untuk berjumpa dan memohon maaf dengannya secara terbuka di depan khalayak umum.

Malah, suami kepada Almy Nadia ini juga memberitahu pihak dia juga sudah mengenal pasti individu disebalik akaun tersebut.

Ini pendedahan Fizz Fairuz:

“Sekarang ini saya tengah berbincang dengan peguam berkenaan dengan perkara itu. Saya tidak terima permohanan maaf yang hanya dilakukan di laman sosial.

“Memang saya beri masa seminggu dia minta maaf secara terbuka tapi bukan hanya menulis dan mesej saya di laman sosial. Saya dah dapat kenal pasti individu tersebut.

“Jadi, Saya mahu dia datang jumpa saya dan memohon maaf secara terbuka di hadapan umum”

Fizz diminta mengulas mengenai permohonan maaf akaun IG yang menyebarkan berita memberi gambaran aktor itu adalah individu bergelar Datuk Seri dicekup khalwat di Pulau Perhentian, Terengganu, baru-baru ini.

Selain itu, Fizz Fairuz juga ada memberitahu dia berkemungkinan akan mengadakan sidang media untuk pengendali akaun itu tampil memohon maaf secara terbuka pada 16 April ini.

Jika tidak, Fizz tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya individu tersebut tidak tampil pada tarikh yang telah ditetapkan.

Ini komennya lagi:

“Peguam saya akan keluarkan kenyataan kepada individu tersebut untuk tampil menghadiri sidang media untuk dia memohon secara terbuka.

“Sekarang ini saya sibuk menjalani penggambaran tapi berkemungkinan sidang media itu akan diadakan pada 16 April ini.

“Saya nak dia datang minta maaf serta mengakui kesalahannya supaya menjadi pengajaran pada semua orang.

“Kalau dia tidak hadir, pihak saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya”

Sebelum ini, Fizz Fairuz ada meluahkan rasa kesal dengan fitnah tidak berasas disebarkan oleh akaun IG berkenaan. Malah, Fizz telah memberi tempoh satu minggu kepada pihak yang menabur fitnah untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Ini permohonan maaf dari akaun ig tersebut:

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here