“Heppy Besday to my ex-husband… I love u abang” – Ucapan Fatiya Latiff kepada Remy Ishak

Pada tarikh 11 April, pelakon dan hero, Remy Ishak telah menyambut hari kelahirannya yang ke 37 tahun. Pelakon ini lahir di Melaka pada tahun 1982.

Sempena hari jadinya, rakan artis Fathia Latiff telah menulis satu ucapan yang agak rare dan unik yang mana dia telah menggelar Remy sebagai bekas suaminya.

Malah, Fathia Latiff juga ada menulis dia benar sayang Remy Ishak yang dilabel seperti abangnya.

Ini tulisnya: “Heppy Besday to my ex-husband Remy Ishak, even kite selalu perang dingin kat set but you are still my fwen dunya akhirohh..Hehe.. semoga mendapat jodoh yang comel, cantik, baik mcm i love you”

Remy Ishak dilihat telah membalas komen berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepda Fathia Latiff.

Ini fotonya:

Kedua mereka sebelum ini pernah berganding bersama menerusi drama bersiri berjudul Rumi dan Jawi untuk siaran Astro.

Diimbas kembali, Remy Ishak kini kembali solo setelah mengesahkan telah berpisah dan putus tunang dengan wanita bernama Ezza Yusof.

Sumber: Ig Fathia Latiff

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here