Sasha Saidin Bakal Nikah Buat Kali Ketiga

Sasha Saidin merupakakan kakak kepada pelakon Zain Saidin yang telah menjanda selama lapan tahun bakal mengakhiri zaman ibu tunggalnya tak lama lagi.

Dia juga memberitahu bahawa bakal suaminya itu juga merupakan seorang duda yang mahu dikenali sebagai Mr. W pada awal tahun depan.

Menurut kakak ipar kepada seleberiti popular Rozita Che Wan itu, dia serta bakal suaminya mahu mengadakan majlis yang ringkas sempena pernikahan yang ketiga ini.

Menurut Sasha lagi dia juga merasa terkejut kerana ada juga pihak yang mahu menaja majlis perkahwinanya nanti.

Kenyataan Sasha tentang majlis pernikahan bersama kekasih hati:

 “Butiran pernikahan belum ditetapkan lagi memandangkan banyak perkara perlu diuruskan terlebih dahulu. Buat masa ini, saya yang uruskan kerana bakal suami bekerja di luar negara.

“Memandangkan ini perkahwinan ketiga saya dan dia, jadi majlis pernikahan nanti ringkas sahaja. Tak sangka pula ramai sudah hidu dan bertanya mengenainya,”

“Sudah semestinya saya dan bakal suami terharu dengan tawaran tak disangka ini. Kami terbuka, mana tahu boleh adakan majlis resepsi nanti,”

“Sebagai isteri saya kena kenalah ikut suami. Namun, itu tidak bermakna saya akan meninggalkan kerjaya seni.

“Saya akan berulang-alik pulang ke tanah air bagi memenuhi tawaran kerja di sini.

“Dalam masa sama, saya akan mencari peluang mengembangkan karier di sana terutama dalam bidang peragaan. Apapun, keluarga akan jadi keutamaan saya nanti,”

Pelakon dan model ini juga memberitahu bahawa dia akan berhijrah ke Timur Tengah selepas berkahwin dengan Mr. W nanti kerana bakal suaminya bekerja di sana.

Sebagai rekod,Sasha  juga anggota kumpulan Elite pernah mendirikan rumah tangga pertamanya  dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 tetapi berpisah  empat tahun kemudian.

Namun, pada tahun 2007, dia sekali lagi berkahwin buat kali kedua dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto dan jodoh tidak panjang akhirnya bercerai pada 2012.

Hasil perkongsian hidup dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarson yang kini berusia 10 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here