‘Doktor Beri 50-50 Saja’ Anak Ali Puteh Kritikal

Anak kedua pelawak dan pelakon Ali Puteh dikhabarkan telah bergantung pada mesin bantuan pernafasan selepas selesai menjalani pembedahan selama 12 jam kerana menghidapi injap jantung terbalik.

Jelas Ali Puteh yang juga merupakan adik kepada pelawak Abam Bocey memberitahu bahawa doktor yang merawat anaknya itu telah menghidapi komplikasi terhadap paru-paru sejurus selesai pembedahan.

Ini luahan dari Ali Puteh tentang keadaan anaknya itu:

“Buat masa kini, masih belum ada perkembangan positif. Selepas 12 jam jalani pembedahan betulkan injap jantung, Ainul mengalami komplikasi pada paru-paru pula.

“Biarpun doktor sudah cuba sedaya upaya namun darah terlalu banyak masuk pada paru-paru. Sekarang Ainul bergantung pada mesin bantuan pernafasan 100 peratus.

“Doktor hanya beri 50-50 saja. Hanya mampu berdoa semoga ada keajaiban daripada Allah,”

Kasih sayang seorang bapa terhadapnya telah membuatkan Ali  Puteh berasa sangat sedih terhadap apa yang terjadi pada anak perempuanya itu. Untuk makluman, anaknya itu baru sahaja menjalani pembedahan injap jantung terbalik pada Isnin lalu.

Berita yang dikongsikan di media sosial Instagram miliknya itu mendapat perhatian peminat dan juga rakan seleberiti yang lain yang turut meluahkan rasa sedih mereka dan mendoakan agar anaknya kembali pulih seperti biasa.

Anak pelawak ini yang diberi nama Ainul masih lagi  dalam pemerhatian dan sedang dirawat di Hospital Serdang. Sebelum ini Ali Puteh ada mendedahkan bahawa anak perempuannya itu mempunyai masalah injap jantung terbalik.

Adik Ainum memang dilahirkan secara normal di Pusat Rawatan Islam Khilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 6 Ogos lalu sebelum dia dan isterinya mengetahui bahawa anaknya mempunyai masalah kesihatan yang lain.

Menurut kata Ali lagi pada hari kelima anaknya dilahirkan dia  menghidap jaundis serta dikejarkan ke Hospital Ampang pada 12 Ogos lalu.

Pelawak ini juga mempunyai seorang anak perempuan sulung yang kini berusia dua tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here