Sampai 3 Pagi Berbincang.. Ini Pendedahan Heliza Helmi Tentang Emma Maembong

Tindakan pelakon Emma Maembong membuka tudung memang tak disangka-sangka. Setelah 5 tahun berhijab, pelakon ini ambil keputusan drastik untuk tidak lagi bertudung.

Memang teruklah pelakon ini kena serang dengan netzien yang rata-rata mengkritik dirinya.

Sebagai seorang insan bergelar manusia biasa, walaupun sudah 5 tahun berhijrah, akan tetapi jauh di sudut hati Emma Maembong beliau merasa cukup rapuh dan akhirnya tewas.

Keputusan membuka tudung dibuat setelah beberapa fotonya bersama Syed Abdullah tersebar baru-baru ini dan Emma Maembong mengatakan dia membuat keutusan berkenaan kerana kelemahan diri sendiri.

Kini, untuk mencari kekuatan diri, Emma Maembong telah bertemu dengan penyanyi dengan imej muslimah iaitu Heliza Helmi untuk meminta nasihat.

Emma Maembong telah memuat naik beberapa foto memperlihatkan dirinya memeluk erat Heliza.

Kata pelakon ini, banyak perkara yang beliau dapat pelajari daripada pertemuan dengan Heliza Helmi itu namun tidak dinyatakan secara terperinci.

Ini komennya:

Heliza menerusi Insta Stories juga memuat naik caption yang cukup menyentuh hati dan pada masa yang sama menasihati netizen supaya berhenti mengecam Emma Maembng dan mendoakan yang baik-baik sahaja buat pelakon wanita itu.

Ini komen Heliza: “Hatinya sangat baik, nak jadi baik. Kita pun nak jadi baik.Kita semua kena komen baik-baik, doa yang baik-baik. Mudahan dapat perkara yang baik sahaja”

Sebagai manusia, memang kita tidak boleh menghukum seseorang kerana tidak mengetahui apakah yang mereka lalui sebelum ini sampaikan boleh terus menanggalkan tudung.

Memang tidak dinafikan, kini ramai tidak boleh menerima hakikat Emma sudah membuka tudung dan telah kembali free hair. Apapun kita sebagai manusia kenalah doakan yang baik-baik saja untuk pelakon ini dan semoga Emma akan kembali terbuka hatinya untuk kembali berhijab satu hari nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here