“Doktor Kata Bila-Bila Masa Saja Saya Boleh Pergi” – Pian Cecupak Hidap Sakit Serius

Pelakon dan pelawak tanah air, Pian Cecupak membuat satu pendedahan tentang keadaan dirinya. Rupanya Pian Cecupak kini sedang derita sakit jantung dan perlu menjalani rawatan jantung dengan segera dan memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000.

Kata Pian Cecupak, doktor menasihatinya supaya segera melakukan pembedahan kerana masalah tekanan jantung yang dihadapinya amat serius dan agak bahaya sehingga boleh kehilangan nyawanya.

Ini pendedahan dari Pian Cecupak:

“Doktor kata saya bila-bila masa sahaja boleh pergi dan dia minta untuk segera melakukan pembedahan.

“Saya tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini dan saya memohon bantuan daripada orang ramai supaya dapat membantu meringgankan kos rawatan yang akan dilakukan tidak lama lagi.

“Saya minta agar semua dapat mendoakan kesihatan saya agar kembali pulih sepenuhnya selepas mendapatkan rawatan.

“Kalau saya ada melakukan apa-apa kesalahan sebelum ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua pihak”

Pian Cecupak mendedahkan hal berkenaan ketika ditemui pada sidang media untuk mengutip derma bagi rawatan jantung Pian, di Restoran Tanjung Puteri, Sri Hartamas.

Pelawak ini dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) seawal 3 pagi, 17 Oktober lalu kerana sesak nafas dan barulah diketahui keadaan jantungnya yang agak serius. Atas nasihat doktor, Pian perlu membuat rawatan angiogram secepat mungkin dengan kos perubatannya ialah RM5,000.

Untuk pengetahuan, majlis amal makan malam untuk mengutip derma bagi rawatan jantung Pian Cecupak akan diadakan di Dewan Lembaga Getah Asli Malaysia, KLCC pada 15 Disember depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here