Delimawati Pula Luah Rasa Sedih Dengan Apa yang Berlaku Dengan Hantu Kak Limah.. Ini Respon Gayatri

Pelakon utama yang menjayakan watak Hantu Kak Limah iaitu Dekimawati akui agak terkilan dan sedih dengan bayaran bonus filem berkenaan walaupun ianya mencatatkan kejayaan luar biasa.

Dalimawati mengakui terkejut dengan wang bonus diterima kerana ia tidak setimpal dengan kutipan keseluruhan HKL iaitu RM38 juta.

Tetapi Dalimawati tidak menyalahkan Andy Lau selaku pengasas bersama syarikat Infinitus Entertainment Group iaitu syarikat penerbitan HKL, sebaliknya ia tanggungjawab individu yang menguruskan syarikat itu di sini.

Dan seperti Awie, Delimawati tidak mahu lagi berlakon dalam filem HKL jika ia diterbitkan oleh penerbit sama.

“Dah la berlakon dibayar ‘sedih’, jadi saya harap bayaran wang bonus akan tinggi. Tetapi ‘sedih’ juga”

“Macam Datuk Awie kata, bayaran memang ‘ciput’. Tidak jangka dapat sebanyak itu, tetapi nak buat macam mana. Sepatutnya, mereka kena faham dan ambil kira usaha setiap pelakon dan kru terbabit. Kami kerja bagai nak ‘gila’. Dari pagi sampai keesokan harinya.

“Saya tak salahkan Andy Lau sebab dia tak tahu apa-apa. Yang salah adalah orang yang jaga syarikat itu di sini. Mereka yang tetapkan bayaran pelakon dan tentukan wang bonus.

“Bagi saya, yang nak jatuhkan kita adalah orang kita juga. Tak luak pun nak kongsi lebih kepada setiap orang terbabit jika nak dibandingkan dengan kutipan puluhan juta diraih HKL”

“Saya macam Awie juga, tak nak berlakon kalau penerbit sama. Kalau nak cari watak hantu Kak Limah lain, carilah. Bagi saya cukuplah apa yang dibuat pada kami”

Semalam, pelakon utama filem ini, Datuk Awie meluahkan rasa kecewa dengan wang bonus diterima walaupun filem itu meraih kutipan RM38 juta.

Awie berkata, jumlah itu tidak setimpal dengan usaha pelakon dan sumbangan pekerja belakang tabir filem itu.

Respon Penerbit Infinitus Gold

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-Lin Pillai ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi bersama pihak Astro Shaw.

“Maaf lambat balas. Nanti Astro Shaw dengan Infinitus akan keluarkan komen. Apa-apa saya akan maklumkan,” katanya menerusi kiriman aplikasi Whatsapp.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here