Respon Boy Iman Terhadap Dato Seri Vida

Boy Iman telah menulis pandangannya tentang apa yang berlaku terhadap jutawan kosmetik Dato Seri Vida. DS Vida kini berdepan kontroversi setelah penyanyi Aishah mendakwa hadiah berliannya merupakan palsu dan tiada nilai. Selain itu, DS vida juga terpalit kontroversi menerusi skim Lavida Coin yang dikatakan tidak sah oleh Bank Negara.

Oleh itu Boy Iman tampil menulis luahan nya tentang isu ini. Jom baca komen dari Boy Iman:

“Saya terpanggil untuk bercakap sesuatu kepada anda yang tidak mengenali @datoserivida,
Lebih2 lagi yg bercakap negatif dan melabel beliau itu dan ini tanpa memikirkan apa perasaan dia dan sedar hakikat bahawa tiada manusia yg sempurna, ada khilafnya. Kadang kala apa yg berlaku itu bukanlah kehendak kita, Ianya satu qada dan qadar.

“Janganlah bercakap seolah-olah awak itu sempurna, dijamin masuk syurga, menokok tambah cerita seakan2 fitnah, membuka aib beliau dan sebagainya.
Tegur ada caranya dlm islam lebih2 lg kita melayu terkenal dgn adab dan budibahasanya yg tinggi.

“Cukup2 lah jd “melayu yg tipikal”, sepatutnya anda support, menutup aib beliau, memberi kata2 semangat.
Ingat senang ke nak jd mcm beliau?
Seorang usahawan melayu yg berjaya.
Cuba tengok ada ke bangsa cina mcm anda?
Bergossip, membawang, kecam, perli dan sebagainya.
Mereka sokong bangsa mereka.
Mereka sayang pada orang yg berjaya serta jadikan mereka ini idola.
Dari sudut bisnes dsv berjaya,
Mungkin dari sudut peribadi adanya kekurangan..itu biasa.

“Saya mengenali beliau dah lama dan kami rapat pada 2013 apabila beliau menjadi penaja utama program tv beliau yg bertajuk “Diva De Vida” utk siaran Astro Prima yg diterbitkan oleh saya dan syarikat saya. Saya juga yg menguruskan perkhawinan beliau yg kedua dan ketika kedua anak beliau mengalami kemalangan saya baru pulang dari Madinah dan terus ke rumah beliau di ipoh utk urusan pengebumian.

“Saya berterima kasih kepada beliau kerana pernah menganggap saya seperti anak, begitu juga saya menganggap beliau seperti mak.
Saya panggil beliau “mummy”.
Sudi mengajar saya sebagai usahawan walaupun tidak lama.
Pernah marah dan menegur saya apabila saya buat silap.
Pernah nasihat saya, mendengar saya menangis dan merawat anak saya, #norulemmer masa tu sakit.
Seorang yg sgt baik, hamba Allah yg taat, pemurah, suka menderma, suka buat amal kebajikan dan suka bg orang sama2 berjaya, sgt mementingkan anak2, adik beradik dan keluarga beliau.

“Jangan buat kerja Tuhan ya semua, menghukum seolah-olah kita Tuhan dan kita bukan hamba Dia.

Sumber: Ig Boy Iman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here