Aliff Syukri Pula Jadi Penaja Gegar Vaganza Musim Ke-5 Tapi Ada Syaratnya..

Kini musim baru Gegar Vaganza akan berlangsung dan tiada lagi DS vida sebagai penaja. Dato Seri Vida terlibat dengan beberapa kontroversi sebelum ini selepas pemenang Gegar Vaganza musim lepas buat dakwaan bahawa menerima hadiah palsu dari Datuk Seri Vida.

Musim baru ini, seorang lagi usahawan berstatus jutawan iaitu Datuk Seri Aliff Syukri akan menjadi penaja.

Pihak Astro telah membuat dan menetapkan beberapa syarat tertentu kepada penaja Gegar Vaganza musim kelima (GV5) agar tidak timbul sebarang isu seperti mana berlaku kepada juara terdahulu, Aishah.

Pengurus Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, kesemua penaja juga sudah sedia maklum mengenai perkara tersebut dan sebarang isu tidak sepatutnya timbul.

Kali ini, ada perjanjian bertulis dan meletakkan syarat tertentu kepada pihak penaja agar isu dan kontroversi sebelum ini tidak akan berulang lagi. Pihak penaja juga telah dimaklumkan dengan syarat-syarat tersebut.

GV5 bakal bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini bermula 30 September ini. Inilah barisan 12 peserta program Gegar Vaganza musim kelima.

1. Elite
2. Billy Zulkarnain (duo)
3. Forteen
4. Zamani
5. Dia Fadila
6. Maya Matahari
7. Amelina
8. Farahwahida
9. Shafie (Rio)
10. Hetty Sarlene
11. Noryn Aziz
12. Safura

Gegar Vaganza musim ke-5 akan disiarkan menerusi saluran Ria (104) dan Ria HD (123).

Sebelum ini, telah jadi kontroversi apabila juara GV musim ke-4, Aishah membuat pendedahan dia masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun menjadi juara GV4. Aishah turut mendakwa, barang kemas hadiah daripada usahawan Datuk Seri Vida yang bernilai RM80,000 juga didapati palsu.

Sementara itu, penaja utama GV5, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memberitahu dia tidak mempunyai hak untuk menentukan bentuk hadiah akan diberikan kepada pemenang kerana perkara itu ditentukan sepenuhnya oleh pihak produksi.

Malah kata Aliff, dia tidak berniat untuk meniru gaya Datuk Seri Vida kerana dia mempunyai strategi tersendiri dalam mempromosikan produknya.

“Saya cuma menaja… Berapa Astro suruh bayar saya beri tetapi untuk tentukan hadiah apa akan diberikan itu kerja pihak produksi dan saya tidak campur. Mengenai penampilan saya pada GV5 nanti, kalau Astro tak benarkan saya naik ke pentas saya akur… Kalau tak bagi saya menyanyi, saya ikut juga. Rasanya saya tidak perlu ikut cara Datuk Vida kerana itu karakternya manakala saya ada cara tersendiri”

Ramai tak sabar nak tunggu kemunculan Gegar Vaganza musim baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here