Ramai sebak tengok anak Rita Rudaini, hanya mampu lihat ayahnya dari jauh

Pelakon Rita Rudaini telah membawa anak-anaknya menonton perlawan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2018 di sebuah restoran mamak dan berkongsi video telatah anaknya ketika menonton beramai-ramai di skrin besar.

Dari video berkenaan, Rita Rudaini berkongsi saat anaknya sayu melihat Aidil terpaksa keluar padang kerana tercedera dan akhirnya bersorak gembira apabila Harimau Malaya berjaya ke peringkat akhir.

Rita juga memberitahu anaknya amatlah teruja sehingga sanggup menonton perlawanan bola sepak itu didalam hujan di sebuah restoran mamak.

NETIZEN RASA SEBAK

Kesungguhan anak sulungya itu memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia mengundang rasa sebak netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan anak-anak pelakon itu yang tidak dapat menonton perlawanan tersebut di stadium. Hanya mampu memendam rindu pada bapa mereka dan menyokong dari jauh sahaja.

Video tersebut mengundang rasa sebak di kalangan netizen yang bersimpati dengan anak-anak pelakon itu yang hanya mampu menonton bapa mereka di televisyen sahaja. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka sepatutnya duduk di tempat VVIP di dalam stadium dan bukan menonton dari jauh.

Ini videonya:

Sebelum ini, Rita Rudaini ada mendedahkan ada pihak yang tidak senang duduk apabila dia ingin berbaik semula dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abd Radzak walaupun demi anak-anak sehingga cuba melagakan mereka dan membiarkan anak-anak menjadi mangsa, tidak dapat merasa belaian dan kasih sayang seorang bapa.

ADA PIHAK BAWA ANAK RITA KE PERLAWANAN AKHIR

Dalam pada itu, pelakon Rita Rudaini memberitahu, hasrat untuk bawa kedua-dua anaknya, untuk menonton perlawanan bola sepak membabitkan bapa mereka yang juga pemain bola sepak skuad kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak bakal tercapai.

Pelakon ini tak sangka apabila ada pihak sudi merealisasikan impian anaknya Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF 2018, nanti.

“Saya terima pelawaan ini sebagai satu rezeki dan peluang yang baik untuk kedua-dua anak saya.

“Pasti mereka teruja untuk melihat bapanya beraksi secara langsung seandainya Aidil turun padang bermain.

“Bukan saya tidak mampu nak beli tiket sendiri, tapi apabila ada pihak sudi nak bawa anak-anak, saya tidak menolak niat murni ini.

“Tiada apa yang mampu saya katakan selain ucapan terima kasih kepada pihak yang sudi membawa kami”

“Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan bawa anak-anak ke stadium untuk menyokong skuad Harimau Malaya dan menonton ayahnya beraksi di perlawanan akhir Piala AFF 2018.

“Bagi saya, Aidil tahu atau tidak kehadiran anak-anak itu tidak penting kerana saya nak anak-anak seronok menonton perlawanan final itu,”

Rita dan Aidil berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here