Lan Solo Terpaksa ‘Block’ Semua Ahli Kumpulan Kristal

Penyanyi Lan Solo akui dia telah block atau sekat kesemua ahli kumpulan Kristal di laman sosial miliknya.

Ini telah dilakukan olehnya ketika dia menyertai program Gegar Vaganza sejak minggu kelima (GV4) lalu.

Lan yang kini sudah berumur 34 tahun, berkata, ketika itu dia ingin memberi tumpuan kepada program tersebut dan selain mahu menghindari daripada perkara-perkara negatif.

Ini jelas Lan Solo lagi:

“Sebenarnya cerita ni dah lama. Saya pun tidak ada niat nak perbesarkan dan tak perlu pun nak perbesarkan isu ni. Saya mula menyekat IG (Instagram) mereka pada minggu kelima GV4.

“Bukan sebab saya marah tapi ketika itu ada la rasa kecewa. Tapi sebab saya nak fokus pada perjalanan dalam GV, saya nak cuba hindarkan anasir negatif jadi saya buat la macam tu.

“Tapi saya tak sekat IG band, hanya sekat laman sosial individu sahaja. Sebab saya tidak mahu tahu perkara-perkara negatif yang mereka lemparkan ketika itu,”

Lan diminta mengulas mengenai kenyataan Rody yang mengatakan mereka tidak lagi berhubung dan dia telah menyekat semua anggota kumpulan Kristal di laman sosial.

Dalam pada itu, Lan beritahu dia tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan tentang hubungan mereka sudah berbaik semula.

Dikatakan  masing-masing sudah membawa haluan sendiri.

kata Lan, dia sebenarnya tak amhu mengulas lanjut tentang perkara tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi dan beranggapan tindakan menyekat ahli Kristal itu adalah haknya.

Ini jelas Lan Solo lagi:

“Kalau ikutkan, saya tak pernah keluarkan kenyataan kata kami sudah berbaik semula. Tapi saya ada katakan yang kami sudah mengambil haluan masing-masing sahaja.

“Tapi sebenarnya saya tak nak panjangkan isu ini. Nanti mengeruhkan lagi keadaan kalau saya bagi lagi kenyataan.

“Bagi saya, itu hak saya dan IG ni tempat untuk saya berkomunikasi dengan peminat. Perkongsian saya lebih kepada perkara positif sahaja,”

Setelah Lan keluar dari Kristal, penyanyi utama kumpulan itu kini diambil alih oleh Kechik.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here