“Nama saya bukan Muhammad Sajjad” Ini respon balas Sajat tentang namanya tersebar

Usahawan popular berstatus jutawan iaitu Nur Sajat telah tampil memberi penjelasan tentang kekecohan mengenai pendedahan namanya ketika dihadapkan ke mahkamah semalam.

Nur Sajat telah hadir ke mahkamah ekoran kes membabitkan kesalahan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Melalui satu laporan portal mStar Online, Nur Sajat berkata, laporan media yang menyebut nama beliau sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman adalah tidak benar.

Ini jelasnya:

“Bukan, tak betul. Nama saya bukan Muhammad Sajjad tapi nama penuh saya Sajat Kamaruzzaman. Nama dalam IC (kad pengenalan) hanya S… A… J… A… T… Kamaruzaman. Tak ada Muhammad pun,”

Nur Sajat juga berkata namanya tiada ‘Nur’ didepan dan ianya sekadar nama panggilan di laman sosialnya seperti Instagram dan penggunaan nama syarikat miliknya.

Apabila namanya jadi viral, Nur Sajat mempertikaikan laporan media yang hanya sibuk menyebut namanya saja sedangkan kes mahkamah itu melibatkan kes GST oleh syarikat kosmetiknya.

Ini komen Sajat lagi:

“Kes tersebut antara syarikat saya dengan mahkamah dan Kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia), kenapa mereka (media) tak sebut nama syarikat saya? Okay, saya tahu (nama disebut) sebab saya adalah selebriti dan ramai mengenali saya, tetapi mereka sebut nama saya pun salah,”

Malah tentang dakwaan Sajat tak bawa IC, beliau mendakwa sebenarnya dia ada membawa kad pengenalannya ke mahkamah dan berkata ianya adalah amat penting.

Ini tegasnya:

“Kan kad pengenalan tu penting. Saya biasanya tak bawa IC bila ke luar negara, sebab saya bawa pasport”

Ditanya adakah Sajat sedia menunjukkan kad pengenalan miliknya untuk mendedahkan nama sebenar kepada umum, Nur Sajat berkata, tiada sebab mustahak untuk beliau berbuat demikian.

Ini jelas Sajat tentang IC nya:

“Kenapa saya kena tunjuk IC semata-mata nak puaskan hati mereka. Nanti orang salah guna, sekarang ni dah makin ramai scammer (penipu), jadi saya perlu lebih berwaspada.

“Kad pengenalan adalah dokumen pengenalan peribadi, kenapa kena tunjuk kat orang ramai? Jadi, hormatilah privasi saya,”

Sehubungan itu, Sajat meminta masyarakat terutama netizen tidak berterusan membuat tuduhan atau melemparkan kata-kata yang mengaibkan sebelum mendapatkan sumber sahih terlebih dahulu.

Nur Sajat juga menambah akan mendapatkan khidmat nasihat peguamnya sekiranya terdapat isu yang boleh menjejaskan reputasinya sebagai usahawan.

Pada Rabu, Nur Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here