“Masalah ini saya yang cipta.. Saya yang salah” – Suami Elvina

Kecoh baru-baru ini tentang kes melibatkan rumah tangga pelakon Datin Elvina Mohamad.

Suami pelakon tersebut iaitu Datuk Haniff Borhan menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini, akui kekecohan yang berlaku kepada perkahwinan mereka adalah kerana kesalahannya sendiri.

Ini komen Haniff Borhan:

“Isteri saya dan wanita itu tidak salah dan yang salah adalah saya kerana tidak menerangkan betul-betul perkara yang berlaku.

“Selepas kes ini kecoh di media, saya ada menghubungi pihak wanita itu untuk menjernihkan ketegangan”

Hanif mendakwa, pada awal dia beranggapan wanita itu mendengar permohonan mereka untuk berdiam diri supaya situasi jadi reda kerana yakin masalah yang timbul akan selesai selepas bertenang.

Ini tambahnya lagi:

“Tetapi bila kawan-kawannya mendesak, mengeluarkan kenyataan yang bodoh, membakar lagi sentimen membenci antara kami.

“Isteri saya sudah menerima permohonan maaf saya kerana masalah ini saya yang cipta”

Menerusi perkongsian usahawan muda itu, beliau mengakui pernah menghubungi wanita itu melalui laman sosial untuk berbincang mengenai skim insurans untuk anak mereka, Karl Marteen.

Bagaimanapun, perbualan itu disalah erti apabila wanita itu menghantar tanda berbentuk ‘LOVE’ kepada Haniff.

“Ya, saya ada DM (direct message) dengan wanita itu dan boss dia juga kenalan saya.

“Rumusannya, saya mudah rapat dan mesra dengan sesiapa pun”

Haniff turut mendedahkan perbualan mereka bermula bila wanita itu memuat naik status menjual insurans kepada umum. Selepas berborak, beliau menghantar gambar anaknya yang baru lahir dan wanita itu pun membalas dengan emoticon ‘LOVE’.

Ini jelas Hanif tentang Love berkenaan:

“LOVE itu ditujukan kepada anak saya kerana dia comel dan wanita itu berhasrat mahu menjaga berkenaan insurans Karl Mateen,”

Sebelum ini, Elvina Mohamad dipercayai mengamuk apabila mendakwa wujud pihak ketiga dalam rumah tangga mereka.

Elvina kini sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama pada 1 Disember lalu yang diberi nama Karl Mateen.

Sumber: HMetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here