Nama Anak Kedua Lana Nodin Ialah William Daud Mckienzie.. Baca Kenapa Lana Beri Nama William

Pelakon Lana Nodin selamat melahirkan bayi keduanya baru-baru ini.

Lana dan suami kemudian telah memilih nama William Daud Mckienzie untuk bayi lelakinya yang dilahirkan pada 22 November lalu.

Pelakon berumur 38 tahun ini berkata nama itu dipilih untuk mengabadikan nama bapa mentuanya iaitu William Mckienzie sudah meninggal dunia.

“Selepas sebulan bersalin baru saya sedia berkongsi berita kelahiran anak kedua ini. Ia atas permintaan suami.

“Kami sepakat memilih nama ini kerana anak kami adalah waris keempat keluarga William. Ia sesuatu yang sangat bermakna.

“Kehadiran William juga menjadi pelengkap dalam keluarga bahagia kami selepas kelahiran anak perempuan, Gia Quinn Mckienzie yang kini berusia tiga tahun,”

Berkongsi detik kelahiran itu, Lana atau naam sebenarnya Mazlina Hasan Nodin telah meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat bersalin secara normal.

Menurut Lana, bayi yang dilahirkan seberat 4.15 kilogram dan terpaksa jalani pembedahan Caserean Scetion.

“Kalau boleh memang saya nak bersalin normal macam yang pertama. Tetapi, doktor memaklumkan keadaan bayi dalam kandungan besar.

“Sekiranya saya teruskan hasrat itu, dibimbangi akan memudaratkan bayi. Jadi, saya ikut saja nasihat yang terbaik daripada doktor.

“Sepanjang proses itu, suami ada menemani saya. Dia tengok sendiri saya bertarung nyawa hingga selamat bersalin,”

Lana turut meluahkan rasa sebak apabila melihat suaminya, Mohd Daud McKienzie menggalas tanggungjawab mengazankan anak mereka.

Tahniah buat Lana Nodin di atas pengurniaan anak kedua nya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here