“Gara-gara terlalu ikutkan hati baran” – Ini kenyataan terbaru Nadia, isteri Tauke

Isteri kepada pelawak Tauke Jambu akhirnya membuat satu kenyataan terkini tentang hubungan mereka berdua.

Nadia atau nama penuhnya Nadia Mohd Effendi telah pun memohon maaf kepada suaminya dan telah akui bahawa semua yang berlaku berpunca daripada kekhilafan dirinya sendiri.

Isteri Tauke yang berumur 30 tahun ini akui terlalu mengikutkan perasaan marah sehingga mengeluarkan kenyataan tak sepatutnya.

Malah, Nadia meminta semua orang berhenti kecam Tauke dan menyatakan bahawa suaminya itu tak bersalah dalam isu berkenaan.

Ini kenyataan Nadia:

“Di sini saya ingin mohon maaf kepada @taukejambu. Ya betul saya yang salah dalam semua hal… Dia tak salah apa. Yang dia katakan tu semua betul.

“Kenyataan saya yang silap sebelum ini gara-gara terlalu ikutkan hati baran semua. Jadi awak semua berhenti kecam dia okey.

“Dia tak salah… Sekali lagi, saya minta maaf sangat pada @taukejambu,”

Nadia telah membuat permohonan maaf tersebut menerusi laman Instastory miliknya pada Sabtu.

Diimbas kembali pada5 Januari lalu, Nadia pernah mengeluarkan kenyataan memberitahu bahawa dia dan Tauke sudah berpisah.

Katanya, suaminya Tauke menceraikan dirinya menerusi satu mesej rakaman suara di aplikasi WhatsApp dan sewaktu itu dia berada di kampung dan Tauke sedang berjuang di rancangan Maharaja Lawak Mega.

Nadia turut memberitahu puncanya ialah kerana orang ketiga dan mendedahkan bahawa ini bukan kali pertama dia bergaduh bersama Tauke membabitkan soal orang ketiga.

Namun begitu, Tauke telah menafikan dia telah bercerai dan mengatakan rumah tangga mereka sedang diuji sehingga isterinya tidak boleh berfikir dengan baik.

Malah kata Tauke, seperti ada yang pelik kerana apabila dia bertanding di pertandingan yang besar, Nadia akan bersikap pelik seperti ada yang dengki.

Untuk pengetahuan, Nadia dan Tauke yang sudah berumur 42 tahun, telah berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan anak pertama, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here