Fattah Amin Tersinggung Dengan Komen PU Syed.. Ini Respon Balas PU Syed

Fattah Amin meluahkan rasa tersinggung apabila seorang pendakwah (bekas peserta Pencetus Ummah) iaitu PU Syed telah membuat teguran terbuka terhadap dia dan isterinya pelakon Fazura tanpa memeriksa perkara sebenar.

Menerusi laman sosial IG miliknya, Fattah berkata, pendakwah berkenaan tidak sewajarnya membuat penilaian tanpa ulus periksa.

LUAHAN FATTAH AMIN

“Walaupun ini bukan kali pertama kami menjadi mangsa fitnah tetapi kali ini ianya berbeza dan menyinggung perasaan kami kerana fitnah itu seolah-olah telah diberi layanan istimewa oleh seorang “pendakwah” yang gagal membuat usul periksa yang sewajarnya.

“Apalah salahnya jika kami dihubungi terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian?”

“Wajarkah fitnah itu dijadikan bahan populis dalam akaun media sosial beliau serta mengundang pelbagai cercaan fitnah terhadap kami? Kami doakan agar pendakwah tersebut diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk mampu berdakwah serta membimbing kami dan masyarakat dengan lebih baik melalui kaedah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Fattah mengulas tentang kenyataan seorang pendakwah terhadap laporan akhbar berkaitan video muzik terbaharu isterinya Fazura Cant Forget Me yang bakal dilancarkan minggu depan.

Sebelum ini, Pencetus Ummah Syed telah membuat teguran secara terbuka menerusi laporan sebuah akhbar yang mendakwa aktor tersebut meluluskan adegan seksi dalam klip video itu.

Fattah telah menganggap tindakan pendakwah tersebut telah mengundang cercaan dan fitnah terhadap mereka suami isteri.

KOMEN FAZURA

Dalam pada itu, Fazura menerusi laman sosial memberitahu terdapat kesilapan pada laporan berkenaan.

“Pembetulan, tiada istilah Fattah luluskan beraksi seksi dalam klip video saya. Yang dinyatakan hanyalah ayat sexy dalam lirik saya. Kenyataan ini tersasar dan mengelirukan,”

RESPON BALAS PU SYED

Sementara itu, PU Syed telah memohon maaf terhadap teguran yang hanya berdasarkan laporan yang dibaca menerusi akhbar berkenaan. PU Syed menulis permohonan baaf berkenaan di laman IG miliknya.

Ini tulis PU Syed:

“Kepada penyokong Fattah dan Fazura tiada sekelumit rasa dalam hati saya untuk melaga-lagakan antara suami isteri ini. Ianya adalah respon saya untuk menegur, bukan sahaja kepada pasangan ini tetapi suami-isteri di luar sana,”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here