“Komen pun melampau, jahat” – Anak digelar macam tupai, Nana Mahazan sedih

Bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Nana Mahazan telahpun berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Dalam perkembangan terkini tentang keluarganya, Nana akui dia ada rasa sedih dan terkilan apabila ada individu tak sensitif yang telah mempersoalkan penampilan anak sulungnya, Althea yang kini sudahpun berumur 8 tahun.

Ada pihak yang mengatakan anaknya itu amat selekeh.

Menerusi satu laporan Media Hiburan, Nana Mahazan telah menjelaskan bahawa anak yang sedang membesar sudah tentu mengambil masa dalam proses mengenal diri, terutama tentang pakaian apa yang dirasakan sesuai.

Ini jelasnya:

“Tak kisah nak kata dia selekeh, sebab rasanya kita pada usianya pun macam tu juga. Saya faham, masing-masing akan ada pendapatnya sendiri. Mungkin anak-anak mereka kalau nak keluar kena pakai itu ini. Ia terpulang.

“Macam anak saya, dia ada caranya sendiri. Macam dulu dia pun gemar kenakan baju yang bercorak pelangi dan sebagainya. Tapi sekarang, dia lebih gemar kenakan baju longgar, sewater dan sebagainya.

“Anak yang sedang membesar ni dia ambil masa untuk kenali diri dia, fesyen dan sebagainya,”

Berbicara lanjut tentang komen-komen melampau menyentuh perihal fizikal anaknya lagi, dia sudah tentu bertambah sedih.

Ini komen Nana Mahazan:

“Saya okay saja tetapi saya sedih sebab ada yang tak sensitif mengenainya. Komen pun melampau, jahat. Kenapa ya masih ada yang macam tak ada rasa hormat. Saya tak akan pergi ke akaun orang yang tak dikenali dan cakap ‘ anak kau hodoh’.

“Ini bukan kali pertama pun. Malah dia pernah digelar macam tupai. Saya marah juga tetapi suami kata jangan buang masa untuk fikir perkara sedemikian. Katanya kalau tidak suka, block atau jangan komen apa-apa,”

Dalam perkembangan lain, Nana Mahazan kini sedang sibuk menjadi pengacara beberapa rancangan seperti program Mentor 7 dan Pesona Pengantin.

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here