UPDATE: “Pulang cepat aku tinggal sendiri” – Ini komen penuh sayu dari vokalis Seventeen

Penyanyi utama kumpulan Seventeen, Ifan telah membuat pengumuman bahawa dirinya telah terselamat dalam satu kejadian menyayat hati apabila tsunami telah melanda ketika kumpulan Seventeen sedang mengadakan persembahan di Pantai Tanjung Beach Resort, Banten.

Persembahan itu dibuat bersempena hari keluarga sebuah syarikat korporat pada malam Sabtu.

Menerusi laman media sosial Instagram peribadi miliknya, penyanyi ini memaklumkan bahawa isterinya, Dylan Sahara yang turut berada ditempat kejadian masih belum ditemui selepas dibawa arus selepas kejadian.

Dari sumber terkini, ini status ahli kumpulan Seventeen:

Vokalis: Ifan (selamat)
Gitar: Herman (maut)
Bass: Bani (maut)
Drum: Andi (hilang)
Road Manager: Oki (maut)
Krew: Ujang (maut)

Jelas Ifan lagi dia telah mengesahkan bahawa dua ahli iaitu pemain gitar Herman dan pemain bass kumpulan itu, Bani atau Muhammad Awal Purbani dan pengurus road mereka bernama Oki Wijaya meninggal dunia akibat kejadian itu.

Ini koleksi komen dari vokalis Seventeen:

KOMEN PERTAMA

Ucapan ini dibuat oleh Ifan setelah kejadian awal menimpa kumpulan Seventeen. Ketika itu hanya dirinya sahaja yang selamat.

“Minta doanya agar istri saya @dylan_sahara , trus mas @hermanseventeen @andi_seventeen sama @uje17_rukmanarustam cepet ktmu dalam keadaan selamat sehat walafiat. Minta ikhlas nya buat orang2 tersayang mas @baniseventeen dan mas @oki_wijaya”

KOMEN KEDUA

Ini pula komen kedua yang mana dua ahli kumpulan Seventeen telah ditemui meninggal dunia.

Malah Ifan akui kini tinggal sendirian dan mohon Andi Seventeen ditemui dalam keadaan selamat.

“Selamat jalan ko Eman @hermanseventeen , husnul khotimah. Temen2 semua maafin semua salah mas Herman ya, mohon diikhlaskan dan dkirimi doa buat almarhum,”

“@uje17_rukmanarustam juga selamat jalan jang, husnul khotimah InsyaAllah jang, ujang orang baik. InsyaAllah ko Eman sama Ujang ditempatkan Allah disisiNYA yang paling mulia

“Sobb @andi_seventeen cepet pulang sob, aku tinggal sendiri sob, please

KOMEN BUAT ISTERI YANG HILANG

Ini komen tentang isteri Ifan yang masih belum lagi ditemui.

“Hari ini kamu ulang tahun, aku mau ucapin langsung, cepet pulang sayang @dylan_sahara”

Ketika ini vokalis kumpulan Seventeen itu masih lagu trauma dan amat bersedih dengan kejadian.

Sementara itu Reuters melaporkan, agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian bencana tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa meningkat kepada 43 orang dan mencederakan 584 orang.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here