“Kekasih Bacakan Surah Yasin Setiap Hari Untuk Saya”

Satu laporan dari portal hiburan Rotikaya ada menulis artikel berjudul “Kekasih Bacakan Surah Yasin Setiap Hari Untuk Saya”. Pelakon berkenaan ialah Ruhainies.

Kata Ruhainies, perkara berkenaan berlaku ketika dirinya sedang sakit, dan setiap hari kekasihnya itu baca yassin untuk Ruhainies agar cepat sembuh dari sakitnya.

Ini sekaligus membuatkan hati Ruhainies mula terbuka dengan keteguhan agama kekasih apabila beliau membacakan surah Yasin setiap hari buatnya ketika jatuh sakit di set pengambaran tempoh hari.

Ini jelas Ruahinies:

“Akhirnya Tuhan menunaikan doa saya apabila dipertemukan dengan lelaki yang membuatkan saya jatuh cinta dan bersedia untuk berkahwin. Saya pula bukannya memandang paras rupa dan kedudukan, sebaliknya hati serta keteguhan agama”

“Saya bertambah yakin dengan keikhlasan Mr E apabila melihatnya membaca Surah Yasin setiap hari, selama dua minggu, ketika saya jatuh sakit sewaktu menjalani penggambaran program travelog baru-baru ini”

Bagaimanapun Ruhainies berasa terluka apabila netizen mendakwa beliau mengejar lelaki berharta sedangkan beliau tidak pernah menunjukkan kekayaan Mr E biarpun dirinya mengetahui status kekasihnya yang sebenar.

“Bagi saya, kalau Mr E tidak kaya dan berharta sekali pun, inilah lelaki yang saya idamkan sebagai jodoh. Saya tidak pernah beritahu identiti Mr E, malah apa yang dia ada pun saya tidak tunjuk. Kebanyakan netizen hanya membuat spekulasi”

“Kalau ikutkan, Mr E mengejar saya sejak setahun lalu, tetapi saya tidak melayannya. Sedangkan, saya bukannya tidak tahu siapa Mr E. Hati saya hanya terbuka untuk mengenalinya dengan lebih rapat apabila melihat kesungguhannya,”

Kata Ruhainies lagi, Mr E sanggup menunggu kakaknya yang juga pelakon iaitu Risteena Munim, berkahwin terlebih dulu sebelum mereka pula menaiki pelamin.

“Saya tunggu Risteena berkahwin dulu. Walaupun kami sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan, saya harus mendahulukan Risteena. Mr E juga tidak kisah menunggu selama mana sekali pun. Dia setia menanti saya,”

Apa pun semoga Ruhainies dan kekasih cepatlah berkahwin dan disatukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here