Janna Nick Mengalir Air Mata, Hantar Mesej Minta Maaf.. Tetapi Sheila Rusly Tak Layan

Janna Nick dan Sheila Rusly sebelum ini mempunyai hubungan yang amat mesra bak anak bneranak. Akan tetapi ada desas desus yang kuat mengatakan hubungan mereka retak dan bermasalah.

Dalam perkembangan terbaru, Janna Nick akui ada membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sheila Rusly serta ahli keluarga jika benar dia pernah membuat sebarang kesalahan sehingga mengguris hati Sheila Rusly.

Pengacara Melodi ini memberitahu, dia tidak tahu punca perselisihan faham tetapi sebagai seorang anak didik yang menganggap Sheila Rusly seperti ahli keluarganya, dia berharap Sheila dapat memaafkannya sekali gus menjernihkan kembali hubungan tersebut.

Malah, Janna Nick dilihat mengeluarkan air matanya apabila memikirkan apakah kesalahannya terhadap Sheila sehingga produser itu berkecil hati.

Ini komen Janna Nick:

“Jujur saya katakan saya sendiri tidak pasti apa sebenarnya perkara yang mungkin menyebabkan pihak di sana berkecil hati dengan saya dan atas sebab itu saya tidak mahu mengulas mengenainya.

“Walaubagaimanapun sebagai seorang anak didik yang banyak terhutang budi dengan Sheila sekeluarga saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka.

“Namun sekiranya permohonan maaf saya ini tidak diterima apa yang boleh saya lakukan hanyalah memohon ampun kepada Allah,”

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan Sheila memuat naik status seolah-olah memerlinya di Instagram namun dinafikan oleh produser tersebut. Sheila juga buat tindakan drastik apabila dilihat unfollow Instagram Janna.

Dalam pada itu, Janna memberitahu dia pernah menghantar mesej bagi memohon maaf kepada Sheila namun tiada sebarang respons diberikan.

Malah dia pernah bertanya sendiri kepada pengarah drama Leftenan Zana itu sekiranya benar dia ada melakukan kesalahan namun tiada jawapan diberikan.

Ini pendedahan Janna lagi:

“Saya tidak mahu serkap jarang dengan membuat andaian sendiri kerana mungkin ia tidak sama dengan apa mereka fikirkan.

“Sebab itu saya menghantar mesej serta memohon maaf namun tiada respons diberikan.

“Saya sendiri pun tidak mahu memperbesar-besarkan hal tersebut kerana yakin masalah keluarga boleh diselesaikan tanpa melibatkan media atau orang luar,”

Sementara itu, Janna berkata, dia sentiasa terbuka untuk bertemu dengan Sheila dan keluarganya untuk selesaikan kemelut antara mereka.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here