Amyra Rosli jatuh pengsan di set penggambaran, dikejarkan ke hospital… Ini keadaan terkininya

Satu gambar menunjukkan pelakon Amyra Rusli sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta mengundang pelbagai reaksi netizen.

Amyra Rosli melalui laman media sosial Instagram miliknya, ada berkongsi dua keping gambar sedang memakai seragam hospital ketika ditahan di wad.

Rakan pelakon, iaitu Azar Azmi ada mendedahkan bahawa Amyra Rosli telah pengsa ketika berada di set penggambaran secara tiba-tiba.

Kaat Azar lagi, pada mulanya dia keliru sama ada itu adalah lakonan atau kejadian sebenar.

Ini komen Azar Azmi:

“Omaigod seriously, ni la nasib pelakon xtaw dalam scene ataupun betul tapi i hope you’re ok. Kau collapsed xde bagi signal. Tiba2 duuummmmmmmm… @aamyraroslijaga diri nok…”

Netizen turut membuat spekulasi bahawa ini hanyalah sekadar babak dalam lakonan memandangkan pelakon Nur ini tampil cantik dengan solekan.

Malah, ada yang sudah membuat spekulasi bahawa isteri kepada Amar Baharin ini sedang berbadan dua.

RESPON AMAR BAHARIN

Suami Amyra Rusli iaitu Amar Baharin akhirnya mendedahkan perkara yang berlaku.

Katanya, Amyra mengadu sakit perut yang keterlaluan dan mereka memutuskan untuk membuat pemeriksaan di hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam pada itu, Amar Baharin menafikan isternya itu sedang hamil dan masih menunggu keputusan sebenar hasil pemeriksaan.

“Dia mengadu rasa tidak sedap perut pagi tadi. Kami kemudian pergi buat pemeriksaan di hospital. Bagaimanapun, keputusan pemeriksaan belum dapat setakat ini. Keadaannya stabil dan doakan yang terbaik untuk kesihatan isteri saya,”

“Dia cuma rasa tidak sedap perut dan saya tak rasakan dia hamil. Kami pun masih tunggu keputusan pemeriksaan,”

RESPON AMYRA ROSLI

Dalam keadaan terkini Amyra, pelakon ini ada mendedahkan dia sudah buat skop ke dalam bahagian perut untuk melihat apa masalahnya.

Amyra juga mengesahkan bahawa dia tak hamil.

Untuk pengetahuan Amyra dan Amar berkahwin pada tahun 2016 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Semoga Amyra Rusly cepat sembuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here