“Jaga amalan dibelakang tabirmu, Cuba faham kata saya ini” – Da’i Wan Kepada Emma Maembong

Isu yang sedang melanda Emma Maembong nampaknya telah menarik perhatian penceramah bebas iaitu Dai Wan Dazrin.

Di laman media sosial miliknya, penceramah bebas ini telah menyuarakan padangan tentang hal berkenaan iaitu aib Emma Maembong terbongkar dan kini menjadi bahan bualan orang ramai.

Ini komen dari Wan Dazrin yang memberi nasihat khas buat Emma Maembong:

“Kehadapan @emma_maembongofficial. Ingatlah, dalam semua pandangan mata manusia, ada satu sahaja pandangan yang kalau @emma_maembongofficial dapat jagakan, maka akan terjagalah keseluruhan aibmu.

“Jagalah amalan dibelakang tabirmu, dari situ ukuran kata ulama, Allah akan pelihara di depan tabirmu pula. Cuba utk fahami kata-kata saya ini. InshaaAllah, ia akan menjadi mutiara yang mahal harganya khas buat dirimu utk kegunaan pd masa kedepan. Yang benar, Da’i Wan.

“Terbongkarnya aib, orang selalu anggap ia keburukan. Maaf. Saya hadir untuk perbetulkan.

“Ia sebenarnya tanda kebaikan yang Allah nak bagi pada kita. Orang yang hari ini sedar dan tahu tentang aib dia lantas dia ubah dan baikinya. Usaha ini yang buat dia bernilai di sisi Allah,”

Ini foto yang dimuatnaik oleh nya:

Penyebaran foto tak bertudung Emma Maembong memang telah mengejutkan dan menghangatkan industri hiburan tanah air sehingga ramai mengkritik pelakon itu.

Foto tersebut dipercayai dirakam minggu lalu ketika mereka bercuti ke luar negara.

Walaupun Emma sudah meminta maaf atas kekhilafan dirinya namun masih ramai tidak berpuas hati terhadap dia dengan melemparkan kata-kata kritkan di atas perbuatan itu.

Da’i Wan telah meminta Emma bersabar dengan dugaan tersebut kerana kejadian itu sebenarnya membawa petanda baik di sebalik keburukan yang diperkatakan oleh orang lain.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here