It’s not funny at all! – Netizen kritik video Hairul Azreen, anggap tak hormat isteri

Hari ini netizen sekali lagi membawang. Kali ini ianya berkaitan dengan pasangan suami isteri Hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha.

Kisahnya bermula apabila ada satu video yang dimuat naik oleh Hairul Azreen di Instagram dan Twitter yang dibuat khas untuk isterinya.

Ianya terus mendapat perhatian kerana dikatakan tak hormati kaum wanita dan sang isteri.

Walaupun ada yang mendakwa video ucapan tersebut sebagai lawak dan kelakar, namun ada sesetengah netizen yang menganggao video berkenaan dilihat seperti tidak menghormati isterinya.

Menerusi video berkenaan, Hairul Azreen mengucapkan ayat ini:

“Ayang, I shooting dulu, ayang jaga anak kita ya. I habis shooting, kita buat anak yang ketiga.

Video itu boleh ditonton di bawah:

Setelah selesai mengatakan ayat berkenaan, Hairul Azren bersama beberapa lelaki di belakangnya menari sakan.

Ada yang benar-benar kecewa dan menyuruh Hairul Azreen delete video berkenaaan dan mendakwa tidak tahu apa yang kelakar dengan video tersebut malah ia hanya memalukan isterinya apatah lagi ia dirakam di depan orang lain.

Sehingga kini, bintang filem ini bagaimanapun masih belum memberi sebarang respon terhadap komen-komen Netizen.

Hairul Azreen kini sedang berlakon sebuah filem berjudul Wira. Ia adalah filem kedua hasil arahan Adrian Teh dan diterbitkan oleh Keoh Ang, yang sebelum ini menghasilkan filem blockoffice Paskal the Movie.

Sumber: rotikaya / beautifulnara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here