A Galak dikejarkan ke hospital kena angin ahmar, ini yang dilakukan oleh Yusof Haslam

Datuk Yusof Haslam telah memaklumkan pihaknya akan membiayai kos rawatan pelakon, A Galak yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Jumaat lalu kerana serangan angin ahmar.

Yusof yang juga pemilik syarikat produksi Skop Productions berkata, selain menjadi sahabat karibnya sejak lebih tiga dekad lalu, A Galak sudah dianggapnya sebagai sebahagian daripada keluarga besar Skop Productions.

Ini komen penerbit ini:

“Paling penting sekarang adalah proses pemulihannya. Soal lain adalah di bawah tanggungjawab syarikat, terutama kos rawatan, termasuk rawatan susulan,”

Tentang perkembangan kesihatan A Galak, Yusof Haslam berkata, dia sudah mula menunjukkan perkembangan positif, namun masih dalam pemantauan rapi doktor.

“Alhamdulillah, dia sudah mula menunjukkan perubahan, berbanding beberapa hari lalu. Begitupun, serangan angin ahmar itu menyebabkan pertuturannya kurang jelas.

“Doktor memaklumkan, mungkin tempoh penyembuhannya memerlukan masa yang panjang, namun saya yakin semangatnya kuat untuk cepat sembuh.

“Doktor juga melakukan pemantauan berterusan untuk melihat perkembangan kesihatannya. Sama-sama kita doakan supaya dia kembali sembuh,”.

A Galak yang kini berumur 78 tahun, telah dikejarkan ke sebuah klinik oleh rakan sekerja di Skop Production Sdn Bhd sebelum dihantar ke HKL.

Pelakon yang popular dengan watak Sarjan Misai atau Sarjan Hashim dalam drama bersiri popular Gerak Khas itu dikatakan berdepan serangan angin ahmar kerana tidak mengambil ubat mengikut jadual.

A Galak antara pelakon senior yang mewarnai drama Gerak Khas. Semoga A Galak kembali sihat.

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here