Isteri Arwah Saleem, Julia Bachok Tampil Luah Perasaan

Isteri kepada arwah Saleem Iklim iaitu Julia Bachok tampil meluahkan perasaan dan bercerita tentang pemergian suaminya itu.

Julia Bachok memberitahu arwah suaminya itu memang tak sabar untuk pulang ke rumah dan bertemu anak-anak ketika masih lagi mendapatkan rawatan di hospital.

Menurut Julia lagi, Saleem menerima berita baik apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa tahap kesihatan semakin baik awal bulan Oktober, dan Saleem dibenarkan pulang ke rumah pada 2 Oktober lalu.

Namun begitu, Saleem dimasukkan semula ke hospital pada selasa lalu selepas keadaan kesihatannya kembali merosot.

“Setelah beberapa minggu mendapatkan rawatan di hospital, dia semakin sihat dan dibenarkan pulang ke rumah. Saya tahu dia nak pijak rumah dia dan minta nak balik.

“Dia berehat di rumah selama enam hari, saya nampak dia sakit tapi dia lawan dan tak tunjuk. Saya nampak dia lemah dan perlu dipapah tapi masih boleh bercakap perlahan-lahan dan boleh bergurau.

“Pada Selasa lalu, dia dimasukkan semula ke hospital apabila tahap kesihatannya kembali merosot, dia dah tak nak bercakap dan saya tahu dia dah kritikal tapi tak nak hebohkan sehinggalah dia meninggal”

Julia turut mendedahakan antara hasrat terakhir suaminya itu aiitu ingin membuat jelajah bagi bertemu peminat di Indonesia.

“Dia (Saleem) pernah menyatakan hasrat dengan menantunya (Liza) untuk menjelajah dan hiburkan peminat di felda-felda dan mahu terbang ke Indonesia. Namun impian terakhirnya itu tak dapat dipenuhi. Itu antara perkara yang dia pernah rancangkan sebelum terbabit dengan kemalangan tersebut”

Saleem menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Cheras, Selangor.

Antara rakan artis yang turut kelihatan di pengebumian tersebut ialah Datuk Hattan, Freddie Fernandez, Kopratasa, Ifa Raziah dan ramai lagi.

Diimbas kembali, Saleem telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 12 September lalu. Kemalangan tersebut mengakibatkan tulang rusuknya patah dan dia berada dalam keadaan koma.

Menerusi perkahwinan dengan Julia, Saleem dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Amirul Mukminin, 15 tahun.

Hasil perkahwinan dulu, Saleem dikurniakan 5 orang anak iaitu Nurluqman Hakim, 30, Nurul Hidayah, 28, Nursyafiq Farhain, 24, Nurfahmie Jufrie, 26, dan Nurul Azwanie Shuhada, 18.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here