Mas Idayu Pelik Hilang Duit Beribu-Ribu Ringgit, Buat Laporan Polis

Mas Idayu mendedahkan kehilangan wang daripada satu akaun bank miliknya yang membuatkan dirinya berasa amat pelik bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Tambah penyanyi dangdut tersebut, dia bukan hilang wang yang sikit, tapi dalam jumlah yang amat banyak. Mas Idayu meluahkan rasa pelik apabila wang itu dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran automatik (ATM) sedangkan ketika itu dia berada di rumah dan sedang menyambut hari jadi.

Mas Idayu telah mengambil tindakan menutup akaun berkenaan dan membuat laporan polis di atas kejadian berkenaan. Ini pendedahan Mas Idayu:

“Kad ini sudah ditutup selepas saya buat laporan tentang kehilangan duit yang terlalu banyak. Pengeluaran terakhir pada 11 September kerana 12 September adalah hari jadi anak saya dan 13 September saya tidak keluar ke mana-mana. Tapi saya dimaklumkan ada empat kali pengeluaran dilakukan dalam jumlah beribu-ribu ringgit.

“Kad ini hanya satu dan pada saya, bagaimana orang lain boleh keluarkan melalui kad lain di ATM bukan secara online. Mereka keluarkan di mesin ATM Meps yang sukar untuk dikesan,”

“Ini kejadian kali kedua, pertama dulu saya hanya sekat dan tukar nombor pin baru. Tapi masih berlaku, bagaimana satu kad boleh ada orang kedua buat pengeluaran?”

Mas Idayu mendedahkan perkara itu di laman sosial Instagram miliknya pada Selasa. Ini pendedahan Mas Idayu

Kejadian kehilangan duit di bank itu merupakan kali kedua yang pernah dialaminya. Tambahnya, dia kini sedang menunggu hasil siasatan polis dan rakaman kamera litar tertutup di ATM yang dikeluarkan. Penyanyi ini meminta orang ramai berhati-hati dengan kejadin yang menimpa dirinya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here