Ini respon penari di wedding Ahya Rosli

kes tarian yang agak melampau di majlis perkahwinan Ahya Rosli masih jadi tajuk bualan ramai. Rata-rata netizen mengatakan memamng tak patut Ahya yang juga anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri, membenarkan penari berkenaan membuat aksi sedemikian pada majlis tersebut.

Aoatah lagi majlis itu dihadiri kanak-kanak dan warga emas.

Ahya Rosli sebelum ini ada berkata, majlis resepsi yang berlangsung adalah haknya untuk buat apa, termasuk persembahan berkenaan.

Apabila video tarian di majlis persandingan jadi viral, ramai juga nak tahu siapakah penari berkenaan.

Makcik bawang cepat saja buat kerja, dan akhirnya penari berkenaan diketahui namanya dan dikenali dengan nama Wana. Kalau dari media sosial, Wana sememangnya bekerja dengan membuat persembahan dan show-show.

Setelah isu ini menjadi panas, Wana turut terkena tempiasnya dan ada juga yang mengecamnya walapun itu adalah tugasnya.

Penari itu menerima kecaman orang ramai apabila laman sosial Instagram diserang tentera bawang selepas klip video tarian tersebut jadi viral.

Wana ada berkongsi tentang persembahannya itu di wedding Ahya kemudian terus dihentam netizen.

“Selesai persembahan untuk perkahwinan Ahya Rosli. Semoga kekal sampai Jannah. Kepada kak KM, terima kasih kerana menjemput”

Bagi menjawab semua kecaman dari netizen penari ini memuat naik beberapa insta story untuk membalas kritikan yang di terimanya.

Ini respon dari Wana:

Penari ini menggunakan hashtag: “Aku viral, kau yang panas!”

Selepas heboh di media sosial, pelakon Normah Damanhuri telah memohon maaf atas keterlanjuran majlis perkahwinan anaknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here